Viral
"Tak Pernah Rasa Malu & Segan" - Pelajar Ini Simpan Hasrat Nak Bawa Ibu Bapa OKU Tunai Umrah
Seorang gadis bernama Nurul Jannah Mohd Noor, 21, tidak pernah timbul perasaan malu apabila mempunyai ibu bapa yang kelainan upaya (OKU).
Ketika dihubungi Gempak, Jannah menjelaskan ayahnya Mohd Noor tidak boleh mendengar manakala ibunya, Rabia mempunyai masalah untuk mendengar.
"Orang lain mungkin malu. Tapi saya tak pernah berasa malu dan segan sebab mak ayah yang bersusah payah cari duit nak besarkan saya.
"Saya ingat lagi ayah hantar dan jemput ke sekolah setiap hari menaiki motosikal dari sekolah rendah hingga menengah.
"Nampak seperti biasa tapi kalau orang lain mungkin malu atau takut kena ejek sebab ibu bapa saya tak macam orang biasa.
"Saya terkesan sebab sekarang mak masih kerja untuk bayarkan yuran dan perbelanjaan saya di universiti. Mak bekerja untuk sara saya dan juga keluarga dalam masa yang sama.
"Kalau diikutkan dengan usia mak yang makin berusia, sepatutnyat dia perlu berehat di rumah," katanya.
Tambah pelajar Universiti Teknologi MARA (UITM) Rembau, Negeri Sembilan berkata agak sukar untuk dia berkomunikasi dengan ayahnya dalam aktiviti harian.Orang pernah tanya “parents O.K.U ke?”Nak tahu tak jawapannya apa? pic.twitter.com/BIr62zpDwK— ?????? (@jnmhdnr) June 19, 2020
"Kalau nak borak dengan ayah susah sikit. Ayah tak belajar bahasa isyarat. Mana yang ayah faham ja boleh cakap.
"Selalunya apa-apa saya akan bercakap dengan mak. Dengan mak saya perlu pergi dekat kemudian sentuh bahu lepastu baru boleh cakap," kata Jannah.
Dalam pada itu, Jannah juga menyimpan hasrat untuk membawa ayah dan ibunya menunaikan ibadah umrah.
"Saya tengah perlahan-lahan kumpul duit dengan perniagaan kecil saya ini. Kalau boleh dah taknak susahkan, nak mereka senyum ja selalu.
"Doakan saya dimurahkan rezeki dan tercapai impian," katanya lagi.
Must-Watch Video