Laman Utama
"Tak Post Pasal Palestin, Tak Bererti Tak Peduli" - Zahiril Adzim
Pelakon Zahiril Adzim menasihati orang ramai agar tidak terlalu cepat membuat andaian sekiranya seseorang individu atau artis tidak berkongsi perihal isu yang berlaku di Palestin di media sosial.
Tegas Zahiril, masing-masing punyai cara tersendiri dalam usaha membantu saudara seagama di negara yang sedang bergolak itu.
"Kalau orang tu tak post apa-apa tentang isu Palestin di platform media sosial dia, tak bererti dia tak kisah dan tak peduli.
"Tak payah kau marah, kecam atau menganjing. Jangan acah-acah. Relaks. Chill.
"Masing-masing ada cara tersendiri. Mungkin dia pulun dengan doa atau dia belanjakan wang ringgit dia untuk sumbangan secara diam," tulisnya di Instagram Stories.
Tambah Zahiril, perkara sebegitu tidak seharusnya dijadikan isu malah pelakon filem Juvana itu meminta orang ramai agar bersama-sama bersatu.
"Bukan semua orang mengadam sosial media 24 jam macam kau.
"Ini waktu umat Islam bersatu. Tak perlu bangkitkan isu remeh temeh macam ni untuk berpecah-belah.
"Serius dik, jangan jadi Melayu bodoh time-time macam ni. Kita sama-sama berjuang cara kita okey? Peace," katanya lagi.
Kekejaman dan keganasan yang dilakukan terhadap Israel terhadap Palestin sejak minggu lalu ketika umat Islam di negara tersebut sedang merayakan Aidilfitri mendapat kritikan dan kecaman seluruh dunia.
Must-Watch Video