Penyanyi dan juga pelakon Shiha Zikir menolak dakwaan sesetengah penonton mengatakan lakonan selebriti media sosial Aisar Khaled dalam filem Hantu Ke Lima agak kaku dan kayu.

Menurut Shiha, dia sangat faham perasaan Aisar yang pertama kali berlakon terutama dalam skala filem.

“Shiha tak rasa pun dia kayu, tapi Shiha faham situasi dia kerana saya pun lalui perkara yang sama.

“Sebagai orang baru dalam industri kena lalui fasa dengar orang komen apa, kritik apa semua tu dia kena hadap.

“Tapi bagi Shiha dia tak kayu lah,” katanya.

Jelas Shiha, biarpun baru dalam bidang lakonan, namun sikap dan kesungguhan Aisar untuk terus belajar harus dipuji.

“Macam Aisar dia seorang yang mudah ditegur, sangat welcome kalau orang tegur dan tak melenting rasa diri hebat.

“Bila ada sifat melenting rasa diri bagus tapi sebenarnya yang Shiha risau.

“Orang baru yang mungkin agak kaku atau netizen kata kayu dan rasa diri bagus. Tapi ada jika seseorang itu jenis senang dan sangat mudah untuk belajar, itu satu perkara sangat berbeza.

“Shiha yakin Aisar akan buat lebih bagus pada masa akan datang.

“Saya juga pesan, apa yang jadi atau berlaku dalam hidupnya sebelum ini just jadikan sebagai pengajaran,” katanya.

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

Untuk makluman, Shiha dan Aisar Khaled telah bergandingan dalam sebuah filem terbaru, Hantu Ke Lima yang mula ditayangkan minggu lalu.

Filem berdurasi 90 minit ini mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan.

Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri.

Pada masa sama, TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur.

Namun mereka kemudian berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik.

Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.

Saksikan filem komedi seram, Hantu Ke Lima yang akan berada di ‘pawagam rumah anda’, Astro First hari ini.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.