Pemain bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo bakal menimang cahaya mata kembar sekali lagi.

Berita gembira itu diumumkan Ronaldo yang juga dikenali sebagai CR7 itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Melalui hantaran tersebut, bintang Manchester United itu juga turut menyatakan rasa tidak sabar menunggu kelahiran anak kembarnya.

“Gembira untuk mengumumkan bahawa kami menantikan anak kembar. Hati kami dipenuhi dengan rasa kasih sayang. Kami tidak sabar untuk bertemu dengan kamu,” coretnya.

Pengumuman itu juga disertakan dengan foto yang merakamkan Ronaldo bersama pasangannya, Georgina Rodriguez tersenyum sambil menunjukkan gambar ujian Ultrasound.

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

Ronaldo, 36, sebelum ini sudahpun memiliki empat orang cahaya mata di mana tiga daripadanya dilahirkan dengan menggunakan kaedah ibu tumpang.

Anak lelaki sulung Ronaldo, Cristiano Junior dilahirkan pada Jun 2010 menerusi ibu tumpang.

Tujuh tahun kemudian Ronaldo menjadi bapa kepada kembar Eva dan Mateo pada Jun 2017 yang dilahirkan menerusi cara yang sama dengan anak pertamanya.

Manakala Alana Martina pula merupakan anak pertamanya dengan Rodriguez yang dilahirkan pada November 2017.

Pada 2017, Ronaldo juga pernah memberitahu France Football bahawa dia mahukan tujuh orang anak.

***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.