Laman Utama
“Tak Sangka Kena Prank Juga”- Sabrina Ali Sambut Hari Jadi Suami & Bulan Ke-4 Perkahwinan
Pelakon Sabrina Ali menyambut hari jadi suaminya, Wanji Aswandi serta bulan keempat perkahwinan mereka semalam.
Menerusi satu entri yang dikemas kini Sabrina di Instagram, dia memuat naik sebuah video khas sempena sambutan tersebut serta ucapan hari jadi istimewa.
"Selamat ulangtahun kelahiran separuh sehidup syurgaku, imam dan tokoh peranan dunia dan akhiratku, aamiin aamiin yarabalamin...
“Semoga dipanjangkan umur dengan kesihatan yang baik, dikurniakan, dilimpahkan dan dipermudahkan rezeki segala urusan dunia dan akhirat serta senantiasa dalam rahmat, kasih sayang, barokah ALLAH SWT.
“Dari separuh sehidup syurgamu, makmum dan cerminan dunia dan akhirat mu..
“Happy 4 months wedding anniversary too, my beloved king,” katanya.
Entri tersebut bagaimana pun mendapat perhatian suaminya yang memgucapkan terima kasih di atas sambutan hari jadi yang diadakan malam tadi.
“Terima kasih isteri ku, permaisuri ku manja ku dan kedamaian ku… Tak sangka, rupanya kena prank juga malam ni.
“Terima kasih atas doa dan segala usaha untuk majlis malam ini.. I love you so much my queen,” balasnya.
Sabrina berkahwin kali ketiga selepas tujuh tahun menjadi ibu tunggal. Sementara Wanji juga sebelum itu seorang duda sejak sembilan tahun lalu.
Must-Watch Video