Selepas lebih sebulan ditayangkan di 61 buah pawagam di seluruh negara termasuk di Brunei, ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ melabuhkan tirai tayangan di pawagam pada 18 April lalu dengan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM2.75 juta.
Sambutan hangat yang diterima Konsert Hora Horey Didi & Friends mendorong Digital Durian dan Astro untuk membawa konsert animasi pertama di layar perak ini ke platform televisyen pula menerusi tayangan di Astro First (saluran 480) bermula pada 26 April 2018 dengan dua tawaran pakej pembelian yang menarik.
Tampil berbeza dan eksklusif, terdapat tambahan dua lagu baharu iaitu ‘Nyam Nyam’ dan ‘Tong Tong Tong’ bagi tontonan di televisyen menjadikan jumlah keseluruhan lagu sebanyak 32 buah di mana 19 daripada lagu-lagu tersebut merupakan lagu baharu, tujuh buah lagu hit yang telah melonjakkan jenama Didi & Friends dan enam buah lagu yang telah diberi nafas baharu. Selain itu, penonton juga dapat menonton klip-klip disebalik tabir pembikinan Konsert Hora Horey Didi & Friends.
“Tayangan Konsert Hora Horey Didi & Friends di saluran Astro First memberi peluang kepada peminat setia Didi & Friends untuk meluangkan masa berhibur bersama keluarga di ruang tamu masing-masing, pada bila-bila masa selama dua hari berturut-turut.
"Selain itu, mereka yang tidak berkesempatan menonton Konsert Hora Horey Didi & Friends di pawagam atau ingin menonton sekali lagi konsert animasi ini, kini boleh menikmatinya di kaca televisyen masing-masing," kata Sinan Ismail selaku Pengarah Digital Durian.
Pakej pertama menawarkan tayangan Konsert Hora Horey Didi & Friends selama 48 jam dengan harga RM15.90 sahaja. Pakej kedua yang berharga RM21.10 pula disertakan sekali tayangan 48 jam Konsert Hora Horey Didi & Friends bersama sebuah buku warna Didi & Friends edisi terhad (penghantaran percuma).
Sejak memulakan tayangan pada 10 Mac lalu di pawagam-pawagam terpilih seluruh Malaysia, Konsert Hora Horey Didi & Friends telah menarik perhatian ramai khususnya golongan kanak-kanak dan ibu bapa sehingga melakar kejayaan yang cukup membanggakan. Bermula dengan kutipan sebanyak RM1.4 juta dalam tempoh hanya 10 hari tayangan sehingga ke penambahan 27 lagi pawagam termasuk di Brunei.
Istimewanya, konsert animasi ini turut menampilkan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mendendangkan lagu bertajuk ‘Oh Nana’ dan juga penyanyi popular Tomok yang mendendangkan lagu Tayar Bas.
Maklumat lanjut mengenai ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ boleh didapati di www.didiandfriends.com.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Thu Apr 26 2018
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.