Laman Utama
Tak Suka Belanja Boros, Mawar Rashid Beli iPad Untuk…
Pelakon Mawar Rashid akui tidak suka bersifat boros dalam perbelanjaan.
Menurut Mawar, dia tahu tentang penat lelah mencari wang sejak kecil lagi, justeru, dia lebih gemar membeli apa yang diperlukan sahaja.
"Tak suka sifat boros! Saya ni sejenis berjaga-jaga dalam perbelanjaan, dari kecil tak suka dengan sifat boros sebab dari kecil saya tahu penat susah cari duit.
Advertisement
"Sebab itulah saya beli benda yang betul-betul perlu sahaja," kongsi Mawar di Instagram.
Dalam pada itu, Mawar juga gembira kerana akhirnya dia membeli iPad sendiri untuk memudahkan urusan kerjanya.
"Akhirnya saya beli iPad sendiri, nak buat nota senang lah lepas ni, takda masalah tersilap letak buku nota, kejap buku ni hilang, kejap buku tu hilang.
"Sekarang dah ada iPad semua nota boleh simpan dalam ni," tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Mawar meninggalkan respon positif, ramai yang menyukai perkongsiannya itu.
Sekadar info, Mawar mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Raf Yaakob pada 9 November 2017.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Rafael pada 13 Mac lepas.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Must-Watch Video