Hiba hati pengguna media sosial apabila seorang wanita memberi sumbangan kepada seorang kanak-kanak lelaki yang berniaga air dan makanan demi mencari duit lebih.

Menerusi video yang dikongsi semula di platform X, kanak-kanak lelaki itu memberitahu wanita yang pada asalnya mahu membeli barang yang diniagakan bahawa bapanya telah meninggal dunia.

Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak itu sedang sakit. Lebih pilu, dia turut membawa adiknya sekali berniaga di gerai berkenaan.

Tidak sampai hati melihat kanak-kanak itu berniaga, wanita berkenaan memberikan sedikit wang dan meminta keduanya pulang ke rumah.

Interaksi antara wanita itu dan kanak-kanak lelaki berkenaan mencambahkan respons positif, selain ada yang mengakui turut sama menangis melihatnya.



Sumber: Platform X