,
Viral

"Tak Tahu Kaki Patah, Saya Tengok Perarakan Sampai Tamat"

Gempak
03/09/2024
10:42 MYT
Beberapa jam sebelum sambutan Hari Kebangsaan 2024, seorang wanita tidak menyangka mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat terjatuh.
Pekerja MySTEP, Siti Nur Alis Roslan, 25, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3.30 pagi ketika pagar untuk 'red seat' dibuka kepada orang awam.
"Saya terjatuh daripada kerusi bertingkat (paling atas) ketika bersesak dengan orang lain, saya ingatkan kecederaan biasa saja tapi kaki semakin bengkak.
"Saya turun semula dan tunggu pasukan perubatan datang, mereka bawa saya ke khemah untuk dapatkan rawatan.
"Doktor letak ais untuk surutkan bengkak dan balut kaki, apabila selesai saya pergi semula ke tempat tadi untuk tunggu perarakan mula," katanya kepada Sinar Harian.
Siti Nur Alis memaklumkan, sewaktu acara berlangsung, kakinya semakin membengkak dan sakit, namun dia bersama dua saudara dan seorang rakan tetap memilih untuk menyaksikan semua persembahan sehingga tamat kerana sudah semalaman menanti di sana.
"Alhamdulillah, orang ramai beri laluan kepada saya sepanjang perjalanan dari belakang untuk ke kerusi sambil berpaut pada pagar besi yang ada.
Artikel Berkaitan: Proton, e.MAS 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024 'Mahu lihat kelainan sambutan Hari Kebangsaan negeri lain' Datang awal sehari demi sambutan Hari Kebangsaan 2024 "Selesai sahaja perarakan semua, saya minta bantuan daripada pihak polis untuk memanggil pasukan perubatan dan mereka sambung letak ais di kaki," ujarnya.
Siti Nur Alis berkata, sehari selepas kejadian, keadaan kakinya bertambah teruk dan mengambil keputusan untuk ke hospital bagi pemeriksaan lebih terperinci.
Menurutnya, hasil keputusan imbasan sinar-X menunjukkan dia mengalami kecederaan patah tulang pada bahagian pseudo.
"Selepas dah tahu (keputusan), kaki saya kena simen untuk seminggu dahulu untuk lihat keadaan kaki sama ada perlu lakukan pembedahan masukkan besi atau tidak.
"Bagi saya ini merupakan kenangan manis dan pahit. Manisnya apabila saya dapat peluang bermalam di dataran demi dapatkan tempat di hadapan.
"Tetapi, untuk pengalaman pahit apabila nasib tidak menyebelahi saya hingga mengakibatkan saya cedera dan membuatkan saya sukar untuk bergerak serta menyusahkan orang lain," katanya.
Sumber: Sinar HarianWanita Terjatuh Kerusi Bertingkat, Tak Sangka Kaki Patah - "Tak Tahu Patah, Tengok Perarakan Sampai Tamat"
Beberapa jam sebelum sambutan Hari Kebangsaan 2024, seorang wanita tidak menyangka mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat terjatuh.
Pekerja MySTEP, Siti Nur Alis Roslan, 25, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3.30 pagi ketika pagar untuk 'red seat' dibuka kepada orang awam.
"Saya terjatuh daripada kerusi bertingkat (paling atas) ketika bersesak dengan orang lain, saya ingatkan kecederaan biasa saja tapi kaki semakin bengkak.
"Saya turun semula dan tunggu pasukan perubatan datang, mereka bawa saya ke khemah untuk dapatkan rawatan.
"Doktor letak ais untuk surutkan bengkak dan balut kaki, apabila selesai saya pergi semula ke tempat tadi untuk tunggu perarakan mula," katanya kepada Sinar Harian.
Siti Nur Alis memaklumkan, sewaktu acara berlangsung, kakinya semakin membengkak dan sakit, namun dia bersama dua saudara dan seorang rakan tetap memilih untuk menyaksikan semua persembahan sehingga tamat kerana sudah semalaman menanti di sana.
"Alhamdulillah, orang ramai beri laluan kepada saya sepanjang perjalanan dari belakang untuk ke kerusi sambil berpaut pada pagar besi yang ada.
"Selesai sahaja perarakan semua, saya minta bantuan daripada pihak polis untuk memanggil pasukan perubatan dan mereka sambung letak ais di kaki," ujarnya.
Siti Nur Alis berkata, sehari selepas kejadian, keadaan kakinya bertambah teruk dan mengambil keputusan untuk ke hospital bagi pemeriksaan lebih terperinci.
Menurutnya, hasil keputusan imbasan sinar-X menunjukkan dia mengalami kecederaan patah tulang pada bahagian pseudo.
"Selepas dah tahu (keputusan), kaki saya kena simen untuk seminggu dahulu untuk lihat keadaan kaki sama ada perlu lakukan pembedahan masukkan besi atau tidak.
"Bagi saya ini merupakan kenangan manis dan pahit. Manisnya apabila saya dapat peluang bermalam di dataran demi dapatkan tempat di hadapan.
"Tetapi, untuk pengalaman pahit apabila nasib tidak menyebelahi saya hingga mengakibatkan saya cedera dan membuatkan saya sukar untuk bergerak serta menyusahkan orang lain," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Viral

Penari Balet Terkenal Dunia Maut Jatuh Bangunan 5 Tingkat

gempak
18/11/2024
01:34 MYT
Industri tarian balet kehilangan seorang penari terbaik dunia, Vladimir Shklyarov selepas dia diumumkan meninggal dunia pada 16 November 2024.
Berita

Wanita Maut Terjatuh Di Bangunan Residensi Bukit Bintang

gempak
11/11/2024
12:39 MYT
Seorang wanita warga asing ditemukan maut selepas terjatuh dari sebuah kediaman di Pavillion Suite.
Hollywood

Chris Martin Jatuh, Masuk Lubang Atas Pentas: “Ini Pasti Jadi Momen YouTube”

gempak
05/11/2024
12:25 MYT
Vokalis Coldplay mengalami insiden tidak diingini apabila jatuh ke dalam lubang empat segi di atas pentas sewaktu konsert di Australia.
Hollywood

Peminat Cemas, Olivia Rodrigo Ketawa Jatuh Lubang Atas Pentas

gempak
16/10/2024
13:00 MYT
Penyanyi Olivia Rodrigo menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas terjatuh sewaktu melakukan persembahan di Melbourne, Australia pada awalnya minggu ini.
Unitar