Berita

“Tak Tahu Mana Datang Duit Sampai Cukup, Walaupun Student Lagi...”- Farah Lee Kongsi Pengalaman Umrah 2011

gempak
Syafiqah Jalal
16/11/2018
09:34 MYT
Sponsor Banner
“Tak Tahu Mana Datang Duit Sampai Cukup, Walaupun Student Lagi...”- Farah Lee Kongsi Pengalaman Umrah 2011
Siapa sangka berbekalkan wang simpanan ketika sedang menyambung pengajian peringkat tertinggi, Farah Lee mendedahkan dia berpeluang mengerjakan ibadah Umrah pada tahun 2011.
Bekas isteri Ally Iskandar dan juga ‘social ifluencer’ terkenal itu berkongsi pengalamannya pertama kali ke tanah suci Mekah seorang diri.
“Masa buat umrah Ramadan 2011, taktau mana dapat courage berani pergi tanpa teman (first time kenal group member masa kat airport dan guna mahram tumpang) & taktau mana datang duit sampai cukup simpan walaupun masa tu masih student dan baru balik travel dari India. Mungkin sebab nekad lalu Allah mudahkan,” tulisnya.
Farah kongsi pengalaman tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Ibu kepada seorang anak Maream Esabel, 4, itu berkata dia terharu kerana tidak menyangka akan menjejakan kaki ke tanah suci lagi untuk melalukan Umrah kedua.
“Cuma, ingat itulah umrah terakhir walaupun rindduuu sangat nak pergi Sebab my opinion, if ada duit lebih, daripada pergi umrah banyak kali baik simpan duit untuk buat haji atau belanja orang tak mampu untuk mereka buat umrah; double pahala -pahala belanja dan pahala umrah mereka pun kita dapat.
“Tetiba bila dah confirmed ticket ke Jeddah, OIC cakap mereka akan sponsor kami untuk umrah juga. Ya Allah masa tu sebak sangat, Maha Pemurah. Rasa tak layak pun ada. Apa aku dah buat sampai Kau murahkan sangat rezeki aku. Rasa takut pun iya, takut Allah nak duga dan diri tak mampu terima
But here I am today, di tanah suci Makkah, tempat paling tenang dan berkah. Menerima panggilan dan jemputan Allah, untuk sembahkan diri sepenuhnya kepada Allah.
Farah dah selitkan doa untuk kalian. Sebab kalian selalu doakan Farah dan Maream sekeluarga walau rata-rata tak pernah bersua muka.
Doakan umrah ini membawa kebaikan kepada Farah, juga kepada kalian semua. Doakan supaya Allah berkatkan rezeki Farah untuk tunaikan haji tahun depan inshaAllah Allahumma amin,” katanya lagi.
Farah turut berkongsi fotonya yang kini sedang berada di hadapan Kaabah.
Rata-rata pengikut IG turut bangga dengan pencapaian serta pendiriannya.
. Masa buat umrah Ramadan 2011, taktau mana dapat courage berani pergi tanpa teman (first time kenal group member masa kat airport dan guna mahram tumpang) & taktau mana datang duit sampai cukup simpan walaupun masa tu masih student dan baru balik travel dari India. Mungkin sebab nekad lalu Allah mudahkan. . Cuma, ingat itulah umrah terakhir walaupun rindduuu sangat nak pergi ? Sebab my opinion, if ada duit lebih, daripada pergi umrah banyak kali baik simpan duit untuk buat haji atau belanja orang tak mampu untuk mereka buat umrah; double pahala -- pahala belanja dan pahala umrah mereka pun kita dapat. . Tetiba bila dah confirmed ticket ke Jeddah, OIC cakap mereka akan sponsor kami untuk umrah juga. Ya Allah masa tu sebak sangat, Maha Pemurah. Rasa tak layak pun ada. Apa aku dah buat sampai Kau murahkan sangat rezeki aku. Rasa takut pun iya, takut Allah nak duga dan diri tak mampu terima ? . But here I am today, di tanah suci Makkah, tempat paling tenang dan berkah. Menerima panggilan dan jemputan Allah, untuk sembahkan diri sepenuhnya kepada Allah. . Farah dah selitkan doa untuk kalian. Sebab kalian selalu doakan Farah dan Maream sekeluarga walau rata-rata tak pernah bersua muka. . Doakan umrah ini membawa kebaikan kepada Farah, juga kepada kalian semua. Doakan supaya Allah berkatkan rezeki Farah untuk tunaikan haji tahun depan inshaAllah Allahumma amin ?? #FLinSAUDI #ommatravels
A post shared by F. L. (@farahlee_) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024