Gaya Hidup

Tak Tahu Nak Pergi Mana Cuti Sekolah Ni? Apa Kata….

gempak
Fiza Kamarudin
21/11/2019
11:08 MYT
Sponsor Banner
Tak Tahu Nak Pergi Mana Cuti Sekolah Ni? Apa Kata….
Pejam celik- pejam celik dah nak masuk hujung tahun dan cuti sekolah pun tiba. Sudah tentu yang paling excited ialah anak-anak!
Tapi…cuti sekolah juga adalah musim paling mencabar untuk ibu bapa sebab…pening nak pilih tempat menarik untuk bawa anak-anak.
Okay, tak tahu nak bawa anak-anak ke mana? Apa kata…bawa mereka ke Taman Tema Lost World Of Tambun (LWOT), Ipoh, Perak untuk menikmati cuti sekolah mereka!
Sempena cuti sekolah 2019 ini, LWOT meraikan anak-anak dengan kempen ‘Awesome Holidays Time To Play’ berkolaborasi dengan jenama Hotwheels dan Barbie! Woohoo!
Silap-silap, ibu dan bapa pun akan excited sebab Hotwheels dan Barbie ni bukan anak-anak je yang suka kan?
Istimewanya, ini adalah kali pertama LWOT bekerjasama dengan dua jenama terkenal tersebut dan akan berada di LWOT bermula 23 November sehingga 31 Disember ini. Yeay!
Barbie- "You Can Be Anything" Pada tahun Mattel mengumumkan Jelajah Barbie 'You Can Be Anything' sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa batasan kepada setiap gadis. Pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie, meneroka dan berdandan.
Anak-anak akan kagum dan terpesona dan berasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Mereka juga berpeluang untuk 'meet and greet' dan minum petang bersama Barbie!
Hot Wheels - Challenge Accepted Anak-anak boleh berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari! Ada zon Challenge Accepted dan boleh menonton perlumbaan terakhir jam 4 petang setiap hari!
So, apa aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah ini di LWOT selain bersama Hotwheels dan Barbie?
1. Tempat penginapan dekat, jalan kaki je pergi taman tema. Korang boleh menginap di hotel Sunway Lost World yang terletak bertentangan dengan taman tema! Awesome kan?
2. Lost World Glamping Menginap dalam khemah besar atau chalet akan beri satu pengalaman baru untuk anda dan anak-anak…Cubalah!
3. Luminous Forest Anak anak pasti teruja melihat flora dan fauna gergasi yang dilimpahi cahaya neon warna-warni. Serius gais, jangan lepaskan peluang ini.
4. Lost World Hot Springs Seharian penat, berendam dalam kolam air panas akan melengkapkan hari anda dan automatik hilang rasa lelah! Pilih saja nak kolam yang mana, Crystal Pool, Infinity Pool, Top of the world pool dan Saphira Air (untuk kanak-kanak). Oh ya jangan lupa singgah di Lost World Steam Cave, Foot Spa dan Crystal Spa ya!
5. Water Park Macam-macam aktiviti boleh dilakukan di Sandy Bar, Jungle Wave Pool, Adventure River, Tube Riders,Cliff Racer dan Kids Exploraby.
6. Amusement Park Di sini, korang mesti tertarik dengan permainan disediakan. Cubalah Lupe ‘s Adventure, Storm rider, Dragon flight, Adventure Express, Giddy Galleon dan Perak Parade.
7. Lost World Petting Zoo Taman ini mempunyai lebih kurang 55 spesis haiwan dan pengunjung boleh memberi makan dan bermain dengan haiwan yang ada di sini. Bestnya! Marmoset Tree House, Tortoise Kingdom, Serpentarium, Ruby and Friends, Bird Paradise, Rabbit Wonderland dan Rain Forest Trail menjanjikan yang keterujaan buat anda.
8. Lost World Tiger Valley Pertunjukan memberi makan harimau dan pengunjung boleh melihat harimau yang diletakkan dalam kandang besar dengan lebih dekat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live