Filem

"Tak Tahu Siapa Boleh Bawa Watak Ni Kalau..." - Zul Ariffin Puji Lakonan Remy Ishak Dalam Sangkar

gempak
Asraf Aided
22/08/2019
04:37 MYT
Sponsor Banner
"Tak Tahu Siapa Boleh Bawa Watak Ni Kalau..." - Zul Ariffin Puji Lakonan Remy Ishak Dalam Sangkar
Aktor popular, Zul Ariffin memuji lakonan dan sikap pelakon Remy Ishak yang digandingkan bersamanya dalam filem terbaru arahan Kabir Bhatia iaitu Sangkar.
Menurut Zul, dia gembira digandingkan bersama Remy buat pertama kali dan telah banyak bekerjasama untuk mewujudkan keserasian dalam filem tersebut.
"Ini merupakan kali pertama saya digandingkan dengan Remy, saya rasa sangat berterima kasih, malah Remy juga sudah biasa bekerja dengan Kabir Bhatia sebelum ini.
"Kami telah banyak bekerjasama dengan baik untuk mewujudkan keserasian dalam filem ini, tambahan lagi, filem ini menonjolkan kelainan yang mengetengahkan unsur-unsur persahabatan antara dua lelaki atau bromance, kami harus bekerja keras.
"Sejujurnya, kalau tiada Remy, tak tahu siapa yang boleh bawa watak yang digandingkan bersama saya itu," ujarnya.
Zul berkata demikian ketika ditemui di malam gala Filem Sangkar bertempat di eCurve, Mutiara Damansara malam tadi.
Sementara itu, Zul berharap agar Sangkar mendapat sambutan hangat kerana dia dan barisan pelakon lain serta pihak produksi telah lakukan yang terbaik untuk menjayakan filem tersebut.
"Kami telah lakukan yang terbaik untuk menjayakan filem ini, jadi, saya harap agar ia mendapat sambutan hangat dari penonton di luar sana," tambahnya.
Selain Zul dan Remy, Sangkar turut dibintangi oleh Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024