Laman Utama

Tak Tercalon Dalam Anugerah Grammy Ke-63, The Weeknd Anggap Ia Satu Korupsi!

gempak
Asraf Aided
26/11/2020
06:52 MYT
Sponsor Banner
Tak Tercalon Dalam Anugerah Grammy Ke-63, The Weeknd Anggap Ia Satu Korupsi!
Penyanyi popular Hollywood, The Weeknd terkejut dan tidak berpuas hati apabila mengetahui tiada antara lagunya yang tercalon dalam Anugerah Grammy ke-63.
Memetik laporan CNN, album The Weeknd berjudul After Hours dan single Blinding Lights nyanyiannya telah meraih kejayaan besar dalam tahun 2020.
Maka, ketiadaan nama penyanyi itu dalam pencalonan mana-mana kategori dalam Anugerah Grammy kali ini mencetuskan tanda tanya pelbagai pihak, malah, The Weeknd sendiri meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi Twitter.
"Anugerah Grammy kekal korupsi, mereka berhutang dengan saya, para peminat dan industri hiburan, mereka hutang ketelusan," tulisnya.
Menurut pengerusi dan presiden interim Recording Academy, Harvey Mason Jr., pihaknya memahami kekecewaan The Weeknd berhubung perkara itu.
"Kami faham kekecewaan The Weekend kerana tidak dicalonkan langsung, saya terkejut dan bersimpati kerana muziknya tahun ini sangat cemerlang," katanya.
Terdahulu, Billie Eilish melakar kejayaan besar dalam Anugerah Grammy ke-62 pada Januari tahun ini dengan memenangi lima kategori.
Kejayaan itu diraih Eilish menerusi album sulungnya, When We All Fall Asleep, Where Do We Go? yang mula dipasarkan tahun lalu.
Sumber : CNN Kredit Foto : Billboard
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live