HIBURAN
“Tak Terfikir Untuk Ke Arah Lain” - Zizan Razak Kekal Hubungan Baik Dengan Emma Maembong
Pelakon, Zizan Razak menjelaskan hubungannya dengan aktres, Emma Maembong hanyalah sebagai rakan sekerja dan masih belum terfikir untuk ke arah lain.
Serasi dengan Emma
Bagaimanapun kata Zizan atau nama sebenarnya atau Mohd Razizan Abdul Razak, 41, tidak menafikan keserasiannya bersama Emma dari sudut profesional dan kerja.
“Pada saya, keserasian dengan Emma memang nampak jelas. Kami memang ‘ngam’ dari sudut profesional dalam bekerja. Kami memang saling memahami.
“Memang rasa menggamit kenangan apa yang kami lalui dulu, tetapi kalau nak pergi ke arah lain itu tidak terfikir. Nak cakap mustahil itu tidak boleh, sebab saya bukanlah orang yang boleh menentukan masa depan,” ujarnya.
Zizan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2025 di One World Hotel, Petaling Jaya baru-baru ini.
Tak kisah kerja dengan Emma
Jelas Zizan, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersua muka malahan bertegur sapa dengan Emma meskipun hubungan mereka putus di tengah jalan.
Malah pelakon Abang Long Fadil itu juga berbesar hati sekiranya terdapat jenama lain yang mahukan dia dan Emma untuk bekerjasama lagi.
“Ada bekas kekasih yang saya tak boleh bercakap, tetapi Emma tidak. Mungkin kami pernah sama-sama salah. Kami pun sudah matang, jadi lupakan benda tak perlu pada masa akan datang.
“Selepas putus ada juga jumpa, selalunya jumpa di acara. Emma pun ada kenalkan saya dengan anak-anak dia. Sudah rasa seperti anak sendiri.
“Kita doakan yang baik-baik untuk Emma dan anak-anaknya. Saya juga ada hubungan yang baik dengan bekas suaminya, Shazli,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Zizan Razak Tak Kisah Netizen Restu Gandingan Bersama Emma Maembong - “Tapi Jangan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Berhutang Tapi Tak Bayar, Zizan Razak Tetap ‘Husnuzon’ - “Dari Kejar Macam Pengemis Lebih Baik Saya…”
ARTIKEL BERKAITAN:Zizan Razak ‘Punca’ Kedai Makan Tak Jadi Tutup - “Saya Tak Bayar Langsung & Dia Pun Tak Minta Percuma”
ARTIKEL BERKAITAN:Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Menangis, Zizan Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Mercedes Idaman - “Terus Sebak…”
Spontan dan tiada skrip
Dalam pada itu, ditanya mengenai kemesraan semasa penggambaran pakaian raya itu, Zizan berkata, semua yang ditunjukkan bukanlah dibuat-buat malahan mereka juga tidak disediakan sebarang skrip.
“Saya melayan sahaja perangai dia dan semua itu hanya untuk kerja. Kami cuba sedaya upoaya untuk promosikan jenama yang ambil kami sebagai duta.
“Semua itu bukan dibuat-buat, semuanya berlaku begitu sahaja tanpa sebarang skrip,” katanya.
Terdahulu, peminat meluahkan hasrat untuk melihat Zizan dan Emma untuk kembali menjalinkan hubungan cinta selepas kedua-dua mereka kelihatan mesra mempromosikan pakaian raya.
Must-Watch Video