gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
‘Influencer’ Keyna Azami Menangis Kongsi Detik Cemas Dalam Pesawat Hampir Tergelincir Di Indonesia - “Saya Fikir Akan Mati…”
HIBURAN
Kongsi Video Sertai Hyrox, Netizen Tegur Pemakaian Dr Say & Isteri - “Sangat Sedih Dua-Dua Aurat Kelaut…”
VIRAL
“Dalam Hati Mesti Cakap…” - Peminat Tergamam Jumpa Zizan Razak, Siap Dapat Belanja Makanan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Tak Wajib Tukar Nama Jika…”- Adam Corrie Perjelas Isu Nama Islam Bagi Mualaf

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
25/04/2021
01:37 MYT
Sponsor Banner
“Tak Wajib Tukar Nama Jika…”- Adam Corrie Perjelas Isu Nama Islam Bagi Mualaf
Pelakon Adam Corrie Lee menjelaskan seseorang mualaf tidak perlu menukar namanya selepas memeluk agama Islam.
Menurut Adam Corrie nama asal mualaf itu boleh digunakan selagi ia mempunyai maksud yang baik. “Fiqh Mualaf : Saya terangkan secara umum kepada yang masih tak tahu.
“Tak wajib tukar nama jika sudah syahadah. Boleh kekalkan nama asal jika maksudnya baik. Kalau nak tukar pon boleh..
“Islam itu mudah jika kita faham. Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” jelasnya. Adam berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pelakon KL Gangster itu terpanggil menjelaskan isu nama bagi mualaf selepas terbaca satu komen dari netizen mengenai kesahihan seseorang yang baru memeluk Islam tetapi tidak menukarkan namanya kepada nama-nama Islam.
“Nama masih mat salih, dah masuk Islam ke belum tu suaminya? Tepuk dada tanya Iman, Benda agama jangan buat main,” komen netizen yang dimuat naik.
Entri tersebut mendapat pelbagai reaksi pengikutnya dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.
Pelakon mualaf ini menggunakan nama Adam Corrie selepas memeluk Islam. Sebelum memeluk Islam beliau menggunakan nama Corrie Lee. Manakala sebelum terlibat dengan bidang lakonan, nama Frankie Lee digunakan ketika aktif sebagai pereka tari dan penari profesional.
Pada 13 Julai 2007, beliau telah mengucap 2 kalimah syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. Hidayah tersebut diberi di ketika usia 39 tahun.
View this post on Instagram
A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)
Topic Berkaitan
#Islam
#Adam Corrie
#Adam Corrie Lee
#NAMA
#Mualaf
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement