Skip to main content

Viral

“Takkan Nak Salahkan Takdir?” - Zizan Razak Pernah Pasang Niat Nak Kahwin Pada Usia 25 Tahun, Tapi…

272252567_238197915161828_1843738051840037734_n.jpg

Pelakon dan pengacara Zizan Razak sebenarnya pernah meletakkan usia 25 tahun sebagai sasaran untuk mendirikan rumah tangga.

Namun, disebabkan masih tidak bertemu jodoh, pelakon filem Polis Evo itu mengakui reda dan sentiasa bersyukur dengan rezeki lain yang dikurniakan oleh Allah.

“Hal ini saya tak pernah cakap atau kongsikan dekat mana-mana. Sebenarnya, saya sasarkan mahu berkahwin apabila saya berusia 25 tahun. Memang ada usaha nak kahwin, tapi tak menjadi.

“Jodoh semua kan kerja Allah. Kalau Dia tidak izinkan sesuatu perkara berlaku, saya hanya terima sahaja. Takkan saya nak salahkan takdir?” katanya kepada Gempak.

Zizan ditemui pada majlis pelancaran telefilem Rompak di The Finch @ KL, The Westin Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
 

Must-Watch Video

Advertisement