HIBURAN
Takkan ‘Overshadow’, Ziana Zain Anggap Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel Ada Vokal Tersendiri - “Saya Tak Kisah Jika…”
Bakal mengadakan Konsert Empat Live In Kuala Lumpur, penyanyi Ziana Zain memberitahu dia tidak berasa bimbang dakwaan kononnya akan timbul isu persaingan siapa lebih menonjol nanti.
Kelebihan sendiri
Kata Ziana, baik adiknya, penyanyi Anuar atau anak saudara, Ernie dan suaminya, Syamel, masing-masing ada kelebihan sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Istimewa Hadiah Buat Peminat, Ini Janji Anuar Zain Untuk Konsert Empat Live In Kuala Lumpur - “Keutamaan Saya Adalah…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Walaupun Pilihan Lagunya Salah, Tapi Siapa Sangka…” - Ziana Zain
"Saya tak kisah jika berlakunya 'overshadow'. Setiap penyanyi pasti mahu beri yang terbaik. Lagipun, Anuar, Syamel dan Ernie masing-masing ada vokal yang sangat bagus.
“Saya sebaliknya gembira jika itu dapat jadikan konsert kami diingati. Saya yakin konsert itu akan menjadi sangat indah dan harmoni.
“Kami berempat sangat sepakat dalam semua hal. Kami seolah-olah boleh membaca fikiran masing-masing," katanya.
Konsert bersama ahli keluarga
Dalam pada itu, penyanyi lagu Madah Berhelah ini mengaku dia sudah lama mengimpikan mementaskan konsert bersama ahli keluarga.
Malah, kata Ziana, peminat sudah lama bertanya mengenai konsert sejak Ernie berkahwin dengan Syamel.
"Setiap kali berjumpa, topik konsert bersama sentiasa dibincangkan. Saya selalu cakap, alangkah seronoknya dapat buat konsert keluarga macam The Jackson 5.
“Di Malaysia jarang ada usaha seperti itu. Sebelum ini, yang pernah buat persembahan adik-beradik mungkin Mazuin Hamzah dan Quinary M sahaja.
“Jadi, apa salahnya kami berempat pula buat konsert. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki kami anak-anak. Konsert ini adalah hadiah untuk peminat yang sudah lama menyokong kami.
“Kami mahu jadikan konsert ini paling diingati dalam hidup peminat dan kami sendiri," katanya.
Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 diarah Jeniffer Thompson, manakala Lee Sze Wan bertindak sebagai pengarah muzik. Tiket menyaksikan konsert ini hanya berbaki 15 peratus.
Must-Watch Video