Terkini

Taksub Dengan ‘Keturunan Nabi’, Ini Amaran Jabatan Perdana Menteri

Awani
22/02/2024
09:30 MYT
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasi agama untuk kepentingan diri mahupun kumpulan yang tertentu.
Menterinya, Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengingatkan orang ramai supaya menjauhkan diri daripada sikap taasub berikutan isu seorang lelaki mendakwa sebagai warga Maghribi dan berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.

Berita Trending: Netizen Syak Ustaz Solmed Pakai Duit Sedekah, Rumah Macam Istana Siap Ada Pam Minyak Mini

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam khususnya Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat pendedahan yang dinyatakan dalam akhbar tersebut.
"Semua pihak adalah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada JAIN berkaitan apa-apa urusan berkaitan pentauliahan mana-mana pendakwah agar setiap perkara yang disampaikan selari dengan ajaran Islam," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Sebelum ini, media melaporkan PDRM memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa sebagai warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai 'Mawla Amin' dan mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.
Seorang mudir sebuah madrasah di Selangor yang dikatakan turut aktif mempromosikan 'Mawla Amin' didakwa mengutip dana awam secara tidak sah, selain cuba mewujudkan penempatan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.
Sehubungan itu, Mohd Na'im menyeru semua pihak agar sentiasa berpegang kepada neraca ilmu, fakta dan menjauhkan diri daripada taksub.
"Ketaksuban yang melampau dalam sesuatu perkara adalah berbahaya kepada diri dan masyarakat.
"Sikap taksub akan menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan sesuatu dakwaan oleh individu mahupun kumpulan tertentu," ujarnya.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik- “Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik”

gempak
08/06/2024
06:55 MYT
Pendakwah selebriti, Ustaz Datuk Ustaz Kazim Elias menyifatkan tindakan merehatkan Ustaz Don daripada muncul di kaca televisyen sebagai satu kerugian besar.
Viral

Gempa Bumi Terkuat Di Taiwan Dalam 25 Tahun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

gempak
03/04/2024
07:27 MYT
Gempa bumi melanda Taiwan.
Viral

Animasi Hina Nabi Muhammad Tersebar Di YouTube, Netizen Gesa Report Beramai-Ramai

gempak
01/04/2024
20:55 MYT
Penghinaan ke atas agama Islam seolah-olah menjadi trend oleh pihak tidak bertanggungjawab semata-mata untuk meraih perhatian. Berikutlah yang boleh diperkatakan tentang satu saluran di YouTube yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan animasi berunsur sensitif. ​ Lebih menyakitkan hati apabila pencipta animasi itu tanpa rasa
Hiburan

"Kafir Itu Itu Tuduhan Kasar, Saya Masih Amalkan Agama Islam" - Fatiya Latiff

gempak
25/03/2024
06:09 MYT
Pelakon Fathia Latiff menafikan dakwaan bahawa dirinya tidak lagi mengamalkan ajaran Islam
Laman Utama

Kes Tangguh, Sharnaaz Hormat Mahkamah Walau Nama Masuk Sistem Amaran

gempak
01/11/2023
02:40 MYT
Sharnaaz Ahmad kecewa