Laman Utama
Takut Anak Diberi Ubat Tidur, Siti Badriah Pasang CCTV Seluruh Rumah
Penyanyi Lagi Syantik, Siti Badriah baru melahirkan anak sulungnya pada 18 April 2022.
Sekitar tiga bulan memegang status seorang ibu, Siti Badriah yang mesra disapa Sibad masih belum kembali aktif menyanyi. Hal itu lantaran dia dan suaminya, Krisjiana Baharudin mahu menghabiskan banyak masa membesarkan anak mereka.
Tidak hanya mahu anak sentiasa berada di depan mata, pasangan ini mengaku memasang kamera atau CCTV di seluruh sudut rumah dalam usaha memantau bayi perempuan yang diberi nama Xarena Zenata Denallie Baharudin.
Menurut Krisjiana, niat memasang CCTV seluruh sudut rumah memang dilakukan kerana tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada anaknya.
Apa lagi, dia mengatakan perlu menunggu dua tahun sebelum Sibad hamil dan selamat melahirkan cahayamata sulung mereka secara pembedahan.
“Kami harus menunggu dua tahun untuk mendapatkan anak. Ia bukan perkara yang mudah, lama kami menunggu. Jadi wajar saya kira kami sangat berhati hati,” kata Krisjiana seperti dilaporkan Kompas.com.
Dan katanya, kerana sikap protektif, dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada anaknya itu.
“Saya pasang CCTV di setiap sudut rumah. Ya setiap sudut. Tindakan ini kami lakukan kerana takut, sekarang ada macam macam kes pengasuh melakukan perkara tak elok kepada anak anak yang diasuh.
“Saya takut. Mana tahu pengasuh beri ubat tidur kepada anak atau apalah. Jadi untuk meminimaliskan kes sedemikian saya pasang CCTV,” akuinya lagi.
Pelakon itu juga memberitahu buat masa ini lebih rela keluar bekerja dan memberi ruang Sibad untuk tidak menyanyi, sekaligus dapat meluangkan masa untuk anak mereka.
Meski demikian dia tidak membantah keinginan Sibad untuk kembali aktif kelak.
“Saya tidak menghalang untuk Sibad kembali aktif. Terserah kepada dia. Tapi buat masa ini biar saya keluar bekerja dan dia memaksimalkan waktu dengan anak kerana waktu tidak dapat diputar,” katanya lagi.
Must-Watch Video