,
Laman Utama

“Takyah Jadi Bodoh...” - Soal Jodoh, Sharifah Amani Mohon Wanita Sabar & Percaya Pada Allah

Azwa Rahman
09/06/2021
13:15 MYT
Aktres Sharifah Amani menasihati para wanita untuk tidak menjadi bodoh semata-mata untuk mendapatkan seorang pasangan.
Menerusi laman sosial Twitter, Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 35, memuat naik satu ciapan berkaitan jodoh tersebut untuk tatapan umum.
“Jodoh saya sudah siap ditulis oleh Allah yang maha berkuasa. Saya yakin jadi saya berusaha memperbaiki diri untuk diri sendiri, keluarga dan negara sambil saya sabar menanti apa yang telah ditulis untuk saya.
“Takyah jadi bodoh. Pegang pada iman, percaya dengan Allah. InsyaAllah nanti dia sampai,” tulisnya di Twitter.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terutamanya wanita yang bersetuju dengan pendapat Amani dan mengharapkan mereka diberi jodoh yang baik.
“Exactly. Tak perlu jadi bodoh for jodoh. Nanti terjodoh yang bodoh,” komen seorang wargamaya.
“Nice. I too have reached a point where I can reply to that million dollar question in a calm manner anywhere even in a lift,” kata seorang wargamaya.
“Yeap, tak perlu jadi bodoh. Just be yourself. Btw, the context from Prof Muhaya, "jadi bodoh-bodoh" bukan bermaksud jadi bodoh. Mcm orang selalu ckp, "ala buat bodoh je" tak bermaksud jadi bodoh. Kena faham the statement in full context,” luah seorang wargamaya.
“Setuju. Kalau Allah kata during this time you need a man. Mesti dia dah bukak, dan tunjukkan jalan ke arah itu. HE is the best planner,” ujar seorang wargamaya.
“The energy. Tak perlu downgrade jadi bodoh, mengenang nasib tak berjodoh etc etc. Life has so much more than that,” pesan seorang wargamaya lagi.
Pada Rabu, pakar bedah mata dan motivator, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad menjadi bualan hangat di Twitter apabila berkongsi sebuah video Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh.
BACA: "Orang Lelaki Suka Perempuan Lembut-Lembut, Biar Macam Bodoh-Bodoh Sikit" - Prof Muhaya
Menerusi video berdurasi 56 saat itu, Prof Muhaya berpendapat wanita tidak seharusnya berusaha untuk menyaingi dan melebihi daripada kaum lelaki.
Malah, jelasnya lagi, kaum lelaki suka dengan wanita berperwatakan lembut dan perlu dibantu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Intan Najuwa Pesan Jangan Stress Fikir Jodoh - “Saya Tak Pernah Terlalu Mengharap Nak Suami Macam…”

gempak
05/11/2024
12:55 MYT
Menurut aktres yang popular menerusi drama Jodohku Babysitter itu, tidak kira apa pun yang berlaku dalam sesuatu perhubungan jika Allah SWT sudah tentukan siapa jodoh kita maka itulah ia.
Hiburan

Datuk Red Mahu Tunaikan Hasrat Adira, Bakal Adakan Majlis Kahwin Jika Ada Jodoh - “Hari Itu Nikah Sorok, Takkan Kali Ini Nak Juga?"

gempak
20/10/2024
09:55 MYT
Usahawan Datuk Red mendedahkan bekas isterinya iaitu Adira pernah meluahkan hasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan sekiranya mereka dipertemukan jodoh kembali.
Hiburan

Fattah Amin Reda Jodoh Tak Panjang, Tiada Kekesalan Berkahwin Dengan Fazura - “Saya Juga Masih Sayangkan Dia Sebagai…”

gempak
08/10/2024
02:55 MYT
Pelakon, Fattah Amin, mengakui reda setelah jodoh bersama bekas isteri, Nur Fazura tidak berpanjangan.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tak Rimas Dengan Soalan Jodoh, Nadia Brian Dapat Banyak Mesej Lelaki Nak Kenal - “Saya Tak Tahulah Siapa Boleh Bersama Dengan…”

gempak
07/09/2024
06:55 MYT
Selagi masih memegang status ‘single’, pelakon Nadia Brian mengakui dia tidak berasa rimas mahupun penat dengan pertanyaan berkaitan jodoh.
Unitar