Berita

Tamat Kuarantin 14 Hari, Tengku Zafrul Berlari 11Km Sebelum Kembali Bertugas

Syafiqah Jalal
18/10/2020
08:50 MYT
Sebagai seorang yang aktif bersukan dan menjaga kesihatan, Menteri Kewangan Negara, Datuk Seri Tengku Zafrul memaklumkan beliau teruja dapat melakukan larian pertama sejauh 11 kilometer (km) sebaik sahaja tamat kuarantin kendiri.
Larian itu dilakukan di kawasan berbukit sebelum beliau kembali bertugas di pejabat.
Tengku Zafrul bersyukur kerana selepas 14 hari kuarantin di rumah keputusan saringan Covid-19 yang terbaharu adalah positif.
“Larian pertama di luar rumah sejak kuarantin kendiri selama 14 hari. Alhamdulillah, keputusan saringan kesihatan terakhir adalah negatif.
“Larian hari ini di kawasan berbukit dengan “elevation”. Bagus untuk kesihatan jantung dan stamina. It’s good to be back.
“Akan ke pejabat sebentar lagi untuk urusan kementerian setelah sekian lama bekerja di rumah.
“Terima kasih kepada rakan kerja di MOF (Kementerian Kewangan Malaysia) yang memberi sokongan dalam tempoh yang kritikal ini, lebih-lebih lagi dengan persediaan Belanjawan 2021,” katanya.
Tengku Zafrul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, beliau berkongsi foto ketika selesai melakukan larian tersebut.
Dalam foto itu menunjukkan dirinya berlari sejauh 11km hanya dalam tempoh 1 jam 8 minit.
Menerusi tinjaun Astro Gempak, kebanyakkan pengikut laman sosial itu mengucapkan selamat kembali bertugas buat menteri kewangan yang memang terkenal dengan gaya hidup sihat.
Malah ada juga yang memuji kecergasan Tengku Zafrul yang suka mengamalkan aktiviti sihat.

?? Larian pertama di luar rumah sejak kuarantin kendiri selama 14 hari. Alhamdulillah, keputusan saringan kesihatan terakhir adalah negatif. ?? Larian hari ini di kawasan berbukit dengan “elevation” - bagus untuk kesihatan jantung dan stamina ⛰ . It’s good to be back. Akan ke pejabat sebentar lagi untuk urusan Kementerian setelah sekian lama work from home. Terima kasih kepada rakan kerja MOF yang memberi sokongan dalam tempoh yang kritikal ini, lebih-lebih lagi dengan persediaan Belanjawan 2021. InsyaAllah, moga urusan kita semua dipermudahkan. ********* First outdoor run after end of 14-day home self-quarantine ?? . Alhamdulillah, swab result was negative and today is first day out. ?? Did a hill run with lots of elevation - beneficial for the heart and stamina ⛰. Feels good to be back. Excited to return to office later to perform duties. I thank all my MOF colleagues for their support during this critical period, especially in preparation of Budget 2021. May Allah ease all our efforts. #StaySafe #StayHealthy #KitaJagKita #FollowSoPs

A post shared by Tengku Zafrul ?? (@tzafrul_aziz) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tidak Tamat Triathlon, Syed Saddiq Mohon Maaf

gempak
10/07/2024
13:48 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

Menteri Israel Letak Jawatan

gempak
10/06/2024
21:55 MYT
Menteri kabinet perang Israel Benny Gantz pada Ahad mengumumkan peletakan jawatannya ketika penduduk meraikan serbuan yang menyaksikan empat tebusan yang diselamatkan di Gaza dan ratusan penduduk Palestin terkorban.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.