,
Berita

"Tambahan Hari Kelepasan Am Jadikan Aidilfitri Lebih Teratur" - MTUC

Gempak
29/03/2024
23:26 MYT
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berpandangan hari kelepasan am tambahan pada 12 April akan menjadikan suasana Aidilfitri lebih teratur.
Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, berkata cuti pada hari Jumaat (12 April) dapat mengurangkan kesesakan jalan serta mengurangkan tekanan kepada ibu bapa yang tiada cuti tahunan walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan tiada cuti pada hari tersebut.

BERITA TRENDING: PM Anwar Beri Bayangan Tiada 'Cuti Tambahan' Sempena Sambutan Aidilfitri

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan majikan supaya merancang jadual pekerjaan dengan lebih awal bagi memastikan pengeluaran produk tidak terjejas.
"Majikan boleh memberi cuti ganti kepada pekerja bagi yang telah kehabisan cuti tahunan untuk keselesaan dan keselamatan pekerja.
"Cuti yang panjang juga membolehkan pekerja merancang perjalanan pulang daripada kerja, mengelakkan kesesakan serta menghindarkan diri daripada kemalangan.
"MTUC mengharapkan keselesaan diberikan kepada pekerja untuk beraya dan berjumpa sanak saudara kerana perayaan Aidilfitri hanya setahun sekali. Kebijaksanaan majikan dalam membuat keputusan adalah satu keperluan kepada pekerja mereka," katanya kepada BH.

BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Penjawat Awam Tidak Dapat Bonus Aidilfitri Ini

Akur keputusan Perdana Menteri

Sementara itu, Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata pihaknya akur dengan keputusan Perdana Menteri.
"Mesti ada sebab tertentu untuk tidak memberikan cuti (pada Jumaat). Swasta juga tidak bercuti pada hari tersebut. Cuti tahunan untuk penjawat awam masih banyak lagi," tambahnya.

Tiada hari kelepasan am tambahan Aidilfitri

Semalam media melaporkan Anwar membayangkan, tiada hari kelepasan am tambahan akan diberikan pada 12 April ini (Jumaat), sempena Aidilfitri.
"12 April ini kita kena ada semangat kerja," kata Perdana Menteri ketika ditanya sama ada kerajaan bercadang memberi hari kelepasan am tambahan pada 12 April ini, yang jatuh pada Jumaat.
Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 10 dan 11 April ini, yang jatuh pada Rabu dan Khamis.
Pada tahun lalu, kerajaan memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Hollywood

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

gempak
14/11/2024
13:55 MYT
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Jefri Nichol Dedah Bahagian Tubuh Wanita Yang Buat Dirinya Turn On, Okay Tiduri Kekasih Sebelum Kahwin

gempak
13/11/2024
14:55 MYT
Aktor Jefri Nichol baru menimbulkan sensasi apabila mengaku sudah tidur dengan lebih 20 wanita meski belum pernah berkahwin.
Hollywood

Hugh Jackman Curang Sampai Cerai, Isteri Penulis Skrip Jadi Penyondol

gempak
13/11/2024
13:59 MYT
Aktor berprolifik Hugh Jackman kini menjadi bualan hangat di Hollywood kerana didakwa curang sebelum bercerai dengan isterinya, Deborra-lee Furness.
Unitar