Laman Utama

Tamparan Hebat Buat Anak Seni, Ini 5 Kenangan & Pesanan Azimat Allahyarham Mamat Khalid Sebelum Pemergiannya!

gempak
Hanafis Haris
27/02/2022
11:01 MYT
Sponsor Banner
Tamparan Hebat Buat Anak Seni, Ini 5 Kenangan & Pesanan Azimat Allahyarham Mamat Khalid Sebelum Pemergiannya!
Kehilangan Allahyarham Mamat Khalid semestinya menjadi tamparan hebat seluruh rakyat Malaysia khususnya anak seni.
Kini hanya karya-karya hebatnya sajalah yang menjadi 'pengubat' rindu.
Selain itu, memori dan juga pesanannya mungkin bakal menjadi pemankin semangat untuk kebanyakan anak seni terus maju dalam industri perfileman.
Berikut merupakan antara momen dan pesanan azimat Allahyarham Mamat Khalid yang dikongsi rakan selebriti.

#1 Awie

Penyanyi rock Awie menyifatkan Allahyarham sebagai pengarah, sahabat dan abang yang baik kepada semua kru serta seorang yang periang walaupun nampak garang.
Menurutnya, arwah penghibur di kala ada orang yang bermasalah di lokasi penggambaran dan pada masa sama mengajar pelakon hingga dapat membawa watak yang lebih baik.
“Dia yang membawa saya hingga kekal sebagai watak Husin (Kampung Pisang). Sehingga ke akhir arwah memanggil saya dengan watak itu,” katanya.

#2 Bell Ngasri

Bell Ngasri pula berkata, kehilangan Mamat Khalid satu kejutan besar buat rakan artis dan masyarakat keseluruhannya yang meminati karya-karya Allahyarham.
“Sebenarnya kami akan mulakan penggambaran baru sekuel Kampung Pisang, namun saya betul-betul tak sangka arwah pergi dahulu. Allah lebih sayangkan beliau.
“Beberapa minggu lepas, kami buat penggambaran rancangan memasak dan dalam rancangan itu, saya berlakon dengan arwah sedangkan beliau memang orang kenal sebagai pengarah tapi untuk rancangan itu, saya berlakon dengan beliau.
“Itu pengalaman terakhir saya dengan dia, saya dapat berlakon dengan Allahyarham. Watak Barkoba (Filem 18 Puasa di Kampong Pisang arahan Mamat Khalid), orang suka,” katanya.

#3 Jue Aziz

Pelakon, Jue Aziz mengimbau kembali kenangan sewaktu menjalani pengambaran sebuah telefilem berjudul Semerah Darah di bawah arahan Allahyarham Mamat Khalid, sebelum ini.
Menurut Jue atau nama lengkapnya, Zuliana Abdul Aziz, arwah Mamat tidak kedekut atau berkira untuk berkongsi pelbagai ilmu bersamanya.
Bukan itu sahaja, Jue turut mendedahkan pengarah yang sinonim dengan filem Zombie Kampung Pisang itu seorang yang gemar memberikan sokongan kepada orang lain.
Malah, pelakon berusia 38 tahun ini menyifatkan arwah Mamat seorang yang ceria suka berjenaka.

#4 Anak Arwah, Mohd Khalid Amen

Menurut Amen, dia bersyukur apabila arwah sedikit sebanyak mengajar dan memberi pendedahan kepadanya dalam bidang perfileman,
"InsyaAllah... saya akan teruskan apa yang dia usahakan sebab itu yang dia nak, itu yang dia nak sangat saya teruskan.
"Beberapa minggu sebelum pergi, dia minta saya untuk tolong jaga mama dan family.
"Dia juga banyak beri peluang kepada saya untuk mengarah," katanya.

#5 Isteri Allahyarham

Isteri kepada sutradara tersohor Allahyarham Mamat Khalid, Hasmah Hassan berkongsi detik-detik terakhir perjalanan suaminya menuju Negeri Abadi.
Hasmah akui masih tidak percaya dengan kehilangan Mamat namun seperkara yang melapangkan dadanya apabila pemergian Allahyarham dipermudahkan.
"Saya masih tak percaya Allahyarham sudah tiada. Rasa lebih teruk melihat dia masuk dan duduk hospital lama daripada dia meninggal dunia.
Kata Hasmah, biar pun ketika hayat Mamat berbelah bagi untuk melepaskan tanggungjawab mengemudi karya seni, kini, Amenlah yang dirasakan individu paling layak.
"Saya berharap anak saya Amen dapat menyambung legasi yang ditinggalkan arwah.
"Projek dah susun sampai Disember ... Tolonglah bagi sokongan pada Amen.
"Sebab Mamat rasa dia tak bersedia lagi terutama dari segi menerima hentaman dan kritikan netizen. Amen juga akan menyambung naskhah telefilem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang sepatutnya memulakan penggambaran minggu hadapan.
Sementelah, filem Kampung Pisang Berbuah Dua Kali kini telah siap dibikin dan bersedia untuk ditayangkan tidak lama lagi.
Kampung Pisang Berbuah Dua Kali telah menjalani penggambaran selama 10 hari dari 15 November lalu di sekitar Teluk Senangin dan Kuala Kangsar.
Naskhah terbabit menjadi karya terakhir yang ditulis oleh Allahyarham Mamat dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Bakal disiarkan Astro First, filem itu dibintangi Aziz M Osman, Kazar Saisi, Bell Ngasri, Ahmad Yasin, Rashid Othman, Azman Naim, Datin Paduka Eina Azman dan ramai lagi.
Mengimbas semula, Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenar, Mohamad Mohamad Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak pada 24 Oktober lalu, jam 12.30 tengah malam.
Allahyarham meninggalkan balu, Hasmah Hassan dan lima anak. Selain Amen, arwah dan isteri dikurniakan empat anak lain iaitu Mohd Khalid Zaffa, Nor Sara, Mohd Khalid Adam dan Nur Hassanah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live