Laman Utama

“Tan Sri Michelle Ternyata Membanggakan Negara & Rakyat” - PM Ucap Tahniah Menang Anugerah Golden Globe

Mya Amri
14/01/2023
02:33 MYT
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada aktres terkenal dunia, Tan Sri Michelle Yeoh.
Ucapan tersebut dizahirkan selepas Michelle merangkul kejayaan sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Dalam hantaran di akaun Instagram milik beliau, Anwar berharap pencapaian Michelle Yeoh itu memberi inspirasi kepada budayawan dan seniman tempatan untuk terus berkarya.
“Saya utus tahniah buat tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh atas pencapaian tingkat tinggi dalam industri seni perfileman tatkala meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi.
“Trofi mahsyur Anugerah Golden Globe yang berjaya dirangkul Tan Sri Michelle ternyata membanggakan negara dan rakyat terutamanya peminat filem.
“Saya amat berharap pencapaian Tan Sri Michelle ini memberi inspirasi kepada budayawan dan seniman tempatan untuk terus berkarya dan mencambah bakat kreatif lagi berkualiti.
“Saya akan nonton filem yang dibintangi beliau ‘Everything Everywhere All at Once’ itu dalam masa terdekat. Tahniah dari seluruh rakyat Malaysia!” coret beliau pada Jumaat.
Selain Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga menzahirkan ucapan tahniah kepada Michelle atas kejayaan melakar sejarah, sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi tersebut.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga turut menzahirkan ucapan tahniah kepada aktres kelahiran Ipoh itu.
Terdahulu, Michelle memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal atau Komedi menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once, pada 11 Jan lalu.
Michelle telah menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Uncle Mike Terima Anugerah Atas Jasa Membesarkan 3 Beradik Muslim Yatim Piatu

gempak
26/07/2024
11:42 MYT
Uncle Mike dianugerahkan National Press Club (NPC)-Macrokiosk Muhibbah Award 2024 untuk bulan Jun sempena kisah inspirasi membesarkan tiga beradik beragama Islam meraih respons positif dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Berita

Pemandu E-Hailing Terima Anugerah Berkat Derma Darah Sebanyak 158 Kali

gempak
13/07/2024
14:55 MYT
Berkat menderma darah sebanyak 158 kali membolehkan pemandu e-hailing Kang Eng Tean, 50, menerima anugerah sebagai penderma darah terbanyak di Kelantan.
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Berita

Mengangkat Tema Jihad & Perjuangan, Anwar Ibrahim Ajak Orang Ramai Hadir Pementasan Haji Murat

gempak
24/06/2024
11:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai bersama-sama hadir, ikuti dan hayati pementasan teater 'Haji Murat' yang akan dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, bermula Rabu ini.
Viral

Penurunan Harga Telur: Peniaga Lega, Bantu Kurangkan Kos Operasi

gempak
17/06/2024
15:00 MYT
Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B, dan C sebanyak 3 sen sebiji berkuat kuasa pada Isnin memberi kelegaan kepada golongan peniaga terutamanya yang melakukan perniagaan kecil-kecilan selain turut disambut baik pengguna di seluruh negara.