Gaya Hidup
Tanda-tanda Penat Bekerja Dan Kena Mintak Cuti Dengan Boss!
Kerja di pejabat memang tidak akan habis dan jika terlalu memikirkan tentangnya ‘mood’ nak kerja mula hilang.
Kalau itu yang anda rasa sekarang, eloklah minta cuti daripada boss sebab bila tumpuan bekerja hilang itu tandanya minda minta rehat.
Selain mood dan tumpuan semakin berkurangan, apa lagi tanda-tanda anda memerlukan rehat daripada tugasan di pejabat?
1. Selalu rasa penat
Ini tak boleh dibiarkan sebab lama-kelamaan akan menyebabkan bahaya. Mungkin tak memberi kesan kepada fizikal tetapi psikologi.
2. Tidak merawat diri
Sibuk sangat sampai terlupa nak manjakan diri sendiri. Tunggu apa lagi? Rawatlah diri dengan membuat perancangan bercuti secepat mungkin!
3. Cepat marah
Tertekan dengan banyak kerja yang tidak selesai di pejabat bukan saja buat anda tertekan, tetapi membuatkan anda mudah marah. Dengan situasi seperti itu, anda perlu bercuti di tempat yang menyenangkan dan mendamaikan selama beberapa hari.
Bercuti di tepi pantai, pulau atau taman negara adalah destinasi yang cukup tepat buat anda.Pulang daripada bercuti nanti, anda pastinya lebih tenang.
Dah fikir nak bercuti ke mana? Kalau sudah, jangan lupa ajak kawan-kawan di How Not To Lose Your Job ni sekali.
Nampaknya masing-masing perlukan rehat lepas bekerja keras menaikkan jumlah pembaca di Bawang Inc!
Dari episod pertama sehingga tujuh Miss JJ (lakonan Sangeeta) dan rakan-rakannya, A.M Fansuri (Taufiq Izmir Tawaff), Lola (Dee Al Hadi), Hup Hee (Tang Meng Kheng) dan Julian (Charles Robert) dan Amu Ratnam (lakonan Sukania Venugopal) bertungkus lumus nak puaskan hati Boss (Che Kem) tau!
Jangan lupa saksikan sitkom mencuit hati ini yang ditayangkan pada setiap Isnin, pukul 9.30 di laman web Gempak dan di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.
Must-Watch Video