Seorang individu yang bernama, Samuel Isaiah mendedahkan dirinya terpaksa menanggung malu kerana tidak dapat membayar yuran untuk sebuah majlis tradisi di sekolahnya.

Menerusi sebuah bual bicara (podcast) tersebut, Samuel berkongsi pengalaman ketika dirinya menjadi bahan ketawa murid lain hanya kerana tidak dapat membayar RM70.

A post shared by Samuel Isaiah (@samisaiah87)

"Dulu saya bersekolah di sekolah yang paling terbaik di Kuantan dan saya dibesarkan dengan keluarga yang sederhana. Di sekolah itu saya rasa majoriti ibu bapa memang T20.

"Jadi saya berada dalam satu unit unifom ini dan setiap tahun mereka ada tradisi Annual Grand Meeting (AGM) di sebuah hotel 5 bintang.

"Setiap ahli diwajibkan bayar dan hadir, jika tidak kita tak dapat markah kokorikulum.

"Saya ingat lagi kami kena bayar RM60-RM70 begitu, dan saya ingat lagi ketika saya meminta duit tersebut kepada ayah saya.

"Ayah saya straighfoward cakap RM70 itu adalah jumlah groceries untuk kita seminggu.

"Disebabkan itu, saya perlu menjelaskan yang saya tidak boleh bayar bukan kepada cikgu tetapi kepada president, senior form 5 unit beruiniform tersebut.

"Dia marah saya dan cakap ‘Jangan bagitahu aku kau tak boleh bayar setakat RM70’.

Berita Trending: Majlis Persaraan Guru Besar Bertemakan Lapangan Terbang! Netizen Puji Kreativiti Sekolah…


"Saya perlu hadap rasa malu sebab saya menjadi bahan ketawa mereka sebab semua orang boleh bayar tapi saya tak boleh bayar," kongsinya.

Mengulas lebih lanjut lagi, Samuel berpendapat bahawa tradisi seperti membuat majlis di hotel 5 bintang ini bakal memberikan impak yang negatif terhadap murid yang tidak mampu untuk hadir ke majlis tersebut.

"Point saya adalah situasi sebegini akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada sosioemosi murid yang tak dapat pergi tu.

"Bagi saya perkara ini tak perlu kita normalisasikan di sekolah," tambahnya lagi.