Laman Utama

“Tanpa Niat Ingin Bersembunyi…” – Alhamdulillah Rezeki, Lisa Surihani Kini Hamil Anak Ketiga

gempak
Mya Amri
24/02/2021
10:42 MYT
Sponsor Banner
“Tanpa Niat Ingin Bersembunyi…” – Alhamdulillah Rezeki, Lisa Surihani Kini Hamil Anak Ketiga
Pelakon Lisa Surihani dan suaminya, Yusry Abdul Halim bakal menimang cahaya mata ketiga.
Berita gembira itu dimaklumkan oleh Yusry menerusi coretan di akaun Instagramnya sebentar tadi.
Menurut Yusry, dia dan keluarga sangat bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan Tuhan.
“Assalamualaikum. Bismillahi MasyaAllah. Selepas muat naik gambar sempena ulang tahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka-teki sama ada isteri saya mengandung.
“Pada hari ini, ada wartawan minta pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dengan fikiran, mungkin kali ini, “tak perlu untuk pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga”.
“Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat,” coretnya.
Dalam coretan yang sama, Yusry juga turut mendoakan pasangan yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat.
“Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama untuk mendapatkan zuriat.
“Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui dan kami mendoakan mereka, moga doa mereka dimakbulkan, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.
“Tambahan pula, dalam keadaan pandemik ini, banyak lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititikberatkan.
“Moga Allah SWT melindungi kita semua. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami. Stay safe semua,” tulisnya.
Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Hasil perkahwinan itu pasangan romantik ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 6, Yusof Leonne, 4.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024