Personaliti media sosial Beby Tora kini sedang giat berusaha untuk kurus dan sihat dengan melakukan senaman di gimnasium.

Menerusi laman sosial Instagram, Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie berkongsi sebuah video latihan senaman terbabit untuk tatapan umum.

Tora yang cukup dikenali menerusi video ulasan makanan turut mencuri perhatian apabila mengenakan pakaian yang menutup aurat sewaktu bersenam.

??

A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on

Menerusi perkongsian video berdurasi kurang 20 saat itu juga, Tora gigih melakukan senaman intensif menggunakan tayar serta beberapa lagi alatan di gimnasium tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan kata-kata semangat kepada Tora untuk mencapai impian kurusnya.

“Walaupun dia bersenam tapi dia masih menutup aurat dengan betul,” sokong seorang wargamaya.

“Dulu badan saya macam awak Tora. Penghinaan orang jadi pembakar semangat saya. Alhamdulillah dulu saya pakai XXL sekarang dah muat saiz M,” kongsi seorang wargamaya.

“Pada saya tak salah kalau nak tunjuk apa pun sebab hak kita. Kalau tak suka jangan tengok,” kata seorang wargamaya.

“Selamat berjaya Tora! Kita pun gemuk gak main tayar cepat kurus. Nak lagi cepat, main skipping,” komen seorang wargamaya.

“Jangan perkecil kemampuan diri. Sayangi diri awak, you can do this,” tulis seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Tora sering menerima kecaman dan ‘body shaming’ daripada pengikutnya kerana membuat ulasan makanan dengan gelojoh dan memualkan.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 150,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sekadar info, Tora dan suaminya, Apit Johari telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2019.