Laman Utama

Tarantula X Bongkar Kisah Perempuan Penggoda, Skandel, Khianat Dan Misteri Pembunuhan

gempak
Mya Amri
13/12/2021
11:05 MYT
Sponsor Banner
Tarantula X Bongkar Kisah Perempuan Penggoda, Skandel, Khianat Dan Misteri Pembunuhan
Astro First kembali dengan sebuah sebuah filem suspen thriller penuh plot dramatic, konflik persahabatan, curang, skandel, tipu daya, dendam yang berakhir dengan satu tragedi berjudul Tarantula X.
Tarantula X adalah terbitan produksi yang menghasilkan drama-drama siri popular lewat 90an seperti Cinderella, Romeo & Juliet, Salam Taj Mahal, Cinta Antara Benua iaitu Kuasatek Pictures.
Manakala idea asal, skrip dan lakon layar adalah hasil taruhan oleh penerbit yang cukup disegani dalam industri seni, Mohd Noor Kadir.
Menurut Mohd Noor Kadir, konsep filem Tarantula X ini merupakan inspirasi daripada telefilem Tarantula bahagian 1 dan bahagian 2 dua puluh tahun yang lalu.
“Kali ini barisan pelakon dan pemain watakknya berbeza. Malah jalan ceritanya juga dikembangkan serta diperkemaskan lagi mengikut peredaran masa agar releven untuk tontonan sekarang.
“Kami percaya konflik yang ditonjolkan mampu mengajak penonton untuk turut sama ikuti siri penyiasatan ASP. Anuar sehingga akhir bagi mengetahui siapakah di sebalik dalang dalam filem ini.
“Kami juga rasa amat bertuah kerana mendapat kerjasama daripada pelakon-pelakon handalan tanah air dalam menjayakan filem ini. “Kami harap Tarantula X menerima sokongan positif dan mampu menambat hati penonton setia karya tempatan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad juga menyatakan rasa berbesar hati dapat bekerjasama dengan salah satu produksi hebat.
“Kami rasa amat berbesar hati berpeluang dapat bekerjasama dengan salah satu produksi yang banyak menghasilkan naskhah-naskhah mencetus fenomena tersendiri sehingga masih diingati penonton hingga kini.
“Bagi filem Tarantula X, setiap babak saling berkait dan menyentuh emosi. Dari plot permulaan penuh konflik, kemudian ke plot pembunuhan, diikuti dengan elemen suspen mencari kebenaran sehingga plot seterusnya, semuanya telah disusun kemas oleh tenaga produksi.
“Kami berharap dengan mutu cerita dan gaya persembahan yang berbeza dapat memberi kepuasan kepada penonton yang melanggan filem ini,” ujarnya.
Menariknya lagi, filem ini juga menghimpunkan barisan pelakon hebat seperti Vanida Imran, Adlin Aman Ramlie, pelakon legenda, Eman Manan, Namron, Mona Allen, Marissa Yasmin, Rashid Salleh, Jasper Supayah dan penampilan istimewa Datuk Yusof Haslam serta Adeline Tsen.
Keserasian antara barisan pelakon memang tidak dapat dinafikan lagi, setiap emosi dan gerak geri yang ditonjolkan menerusi setiap watak bakal membuatkan penonton terus berteka-teki dengan mainan psikologi sehingga penghujung cerita.
Tarantula X bukan sekadar filem dengan nilai hiburan semata-mata, tetapi turut diselitkan mesej positif seperti keharmonian, kesefahaman yang perlu ada dalam setiap hubungan dan persahabatan, serta kesan dari perbuatan yang boleh menjerat diri sendiri.
Saksikan Tarantula X, bermula 16 Disember ini, di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Sinopsis:
Tiga sahabat, dua keluarga, berantakan kerana seorang perempuan penggoda.
Filem ini mengisahkan tentang perempuan mata duitan, Shima (Mona Allen) yang suka menjalin hubungan sulit dengan lelaki kaya termasuk suami rakan-rakannya, Ayu (Vanida Imran) dan Liza (Marissa Yasmin).
Apabila Adam (Namron) iaitu suami Ayu menjadi lumpuh dan berkerusi roda akibat serangan jantung, Shima beralih arah kepada suami Liza, Anas (Adlin Aman Ramlie).
Sebagai sahabat baik kepada Adam dan Anas, Amir yang masih bujang (Rashid Salleh) mendamaikan mereka tetapi gagal.
Tanpa pengetahuan Anas, isterinya cuba menjodohkan Amir dengan Shima. Namun Shima menolak dan menghina Amir.
Modus-operandi Shima adalah mengambil “selfie” bersama pasangannya di atas katil lalu foto-foto tersebut dijadikan senjata untuk peras ugut mereka bagi mendapat wang yang dapat menampung kehidupan mewahnya.
Apabila Anas ingin memutuskan hubungan, Shima mengugut untuk sebarkan gambar dan menuntut RM1 juta, dan itu mencetus kemarahan Anas. Apabila Shima dijumpai mati dibunuh, penyiasatan yang diketuai ASP Anuar bermula.
Sebagai saksi utama, Ain iaitu adik angkat yang tinggal bersama Shima juga tersenarai sebagai suspek pembunuhan termasuk Anas, Ayu, Amir dan Adam.
Setiap mereka mempunyai asas dan sebab untuk melakukan pembunuhan berikut. Teka-teki motif dan suspek dibawa hinggalah ke babak terakhir untuk membongkar misteri pembunuh sebenar Shima.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live