Pelakon popular, Datuk Farid Kamil dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke prosiding perbicaraan hari keempat dalam kes yang sedang dihadapinya semalam.
Isterinya, Datin Diana Danielle tampi membuat kenyataan menerusi ruangan Instagram (IG) Story pada petang semalam.
Menurut Diana, tarikh perbicaraan itu telah ditetapkan pada 14 Januari depan dan secara tiba-tiba suaminya dihubungi untuk hadir ke mahkamah tanpa diberi tarikh terlebih dahulu.
"My husband's court date is set on the 14th of January, tiba-tiba hari ini (semalam) disuruh datang court tanpa beri tarikh awal-awal, dan panggil kita secara random.
"Suami saya pun bukan berada di Kuala Lumpur sekarang, rasa logik ke cara nak panggil orang ke mahkamah secara mengejut, bila orang tak dapat nak datang kerana tidak diberitahu langsung ada perbicaraan, terus nak bagi waran tangkap?" tulisnya.
Terdahulu, pada 25 Januari 2018, Farid mengaku tidak bersalah kerana didakwa menggunakan dadah THC yang juga dadah terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik, IPD Petaling Jaya jam 4:30 petang, 11 Januari tahun lalu.
Farid dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Asraf Aided
Sat Jan 12 2019
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.