Skip to main content

Berita Tempatan

Tayang Baby Bump, Ramai Teka Hanis Zalikha Bakal Timang Baby Girl!

haniszalikhababybump.jpg
Advertisement
Selepas beberapa bulan mengumumkan beritanya hamil anak kedua, buat pertama kalinya pelakon Hanis Zalikha memuat naik fotonya di Instagram (IG) yang menampakkan ‘baby bump’.

Foto tersebut mendapat perhatian ramai peminat dan pengikut IGnya yang teruja melihat perubahan pada Hanis yang kini sedang hamil.

Menurut Hanis, foto itu dimuat naik kerana dia nampak ‘bersiap’ kerana mahu ke luar rumah.

“Kalau tak keluar bersiap, memang takde gambar time pregnant ni…Mommy tried sayang, so one day I can tell you, this was me when I was pregnant with you,” tulisnya
 

Rata-rata memuji isteri kepada aktor Hairul Azreen itu yang kelihatan berseri-seri walaupun sedang hamil.

Tidak kurang juga, ada yang cuba meneka dari bentuk perut dan wajah berseri Hanis, selebriti itu akan menimang cahaya mata perempuan.




Hanis dan Hairul yang mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 itu telah dikurniakan seorang cahaya mata yang comel dan popular Yusuf Iskandar, 2.
 

Must Watch Video

Advertisement