BERITA
Tayang Bibir Dengan Kesan Seperti Pembedahan, Zarina Anjoulie Tutup Ruangan Komen
Pelakon Zarina Anjoulie menjadi bualan netizen dan pengikutnya sejak semalam apabila dia memuat naik foto dirinya dengan keadaan bibir seperti baru melakukan pembedahan di sebuah klinik pembedahan kecantikan.
Menerusi satu kiriman di Instagram miliknya, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju memaklumkan dirinya sedang melakukan 'sesuatu' kepada bibirnya dan akan berkongsi lebih lanjut mengenai proses yang dijalaninya.
“Fixing my lips at @my_gorgeous_clinic , nanti Anju buat video ok,” tulisnya ringkas.
Anju turut berkongsi fotonya dengan kesan garisan darah di bibir bahagian atas tanpa menjelaskan apa yang telah terjadi terhadap bibirnya.
Entri tersebut mendapat pelbagai riaksi netizen termasuk yang mempertikaikan tindakannya itu yang dianggap mengubah ciptaan Tuhan.
Namun ada juga yang berpendapat mungkin Anju mempunyai masalah dengan bibirnya yang menyebabkan dia perlu melakukan pembedahan itu.
Meski demikian, mengikut tinjauan Gempak, semua komen yang ditinggalkan netizen sudah tiada pada awal pagi ini kerana Anju telah menutup ruangan komennya.
Tak apalah kita tunggu saja video dari Anju ya dan jangan buat spekulasi sebelum tuan punya badan memberi pencerahan apa sebenarnya yang cuba dilakukan terhadap bibirnya.
Must-Watch Video