Perkongsian foto pelakon Atiq Azman yang sedang bercuti di Pulau Perhentian menerusi laman Instagram miliknya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Apa yang menjadi perbualan hangat apabila Atiq sebelum ini muncul dalam industri dengan imej ‘budak tahfiz’ kini semakin berani menayang aurat sehingga mendedahkan six pack kepada umum.

Meskipun sudah pernah beberapa kali dia menayang six pack di media sosial, namun pelakon drama Nur ini dilihat semakin berani dan seakan-akan tidak lagi mengendahkan kecaman netizen.

Menerusi perkongsian itu, Atiq mengenakan seluar pendek paras paha berserta baju kemeja tidak dikancing dan memperlihatkan bahagian dadanya.

Bukan itu sahaja, dia juga memakai gelang tangan serta rantai di leher sambil duduk membelakangi pantai.

Ramai netizen yang mengkritik dan kecam tindakan berani pelakon itu mendedahkan aurat dan mempertikaikan kenyataannya sebelum ini yang mahu menjaga batas ketika berlakon demi menjaga nama baik keluarga.

“Dulu masa dia mula-mula timbul, minat tengok dia berlakon sebab tak ada sentuh-sentuh sekarang berlakon dah start sentuh-sentuh. hmmm.

“Dah mula tunjuk badan seksi. Berdosa la. Tu la bila badan dah cantik suka nak tunjuk dan buka aurat. Tak baik la, simpan untuk diri sendiri.

“Wah, bangga gila tunjuk aurat, dah macam orang barat eh, bagus-bagus,” komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Lelaki Gay, Atiq Azman Mahu Ambil Tindakan; “Standby Nak Saman, Jangan…”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Atiq Azman Belanja Six Pack, Netizen ‘Tergamam’; “Rajin-Rajin La Up Video Macam Ni”