Bulan Ramadan merupakan masa yang penuh keberkatan, di mana umat Islam berlumba-lumba untuk meningkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Namun, dalam kesibukan menjalani rutin harian, ada perkara yang mungkin kita lakukan tanpa sedar yang boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah kita.
Antara isu yang akan dikupas dalam episod ini termasuk perbuatan seharian yang dianggap biasa tetapi boleh menjadi dosa dan bagaimana untuk memperbaiki diri dan memohon keampunan Allah.
Perbincangan ini bukan sekadar mengingatkan, tetapi juga membimbing penonton dengan panduan praktikal untuk menjalani Ramadan dengan lebih baik dan bermakna.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton Tazkirah Malam Jumaat Musim Ke-9 dan hayati perbincangan bermakna ini di Astro Oasis (106), On Demand & Astro Go!
Berita Tempatan
Tazkirah Malam Jumaat: Menyelami “Dosa Tanpa Niat” Bersama Alif Satar, Ustaz Syed Norhisyam & PU Amin