Memasuki minggu-minggu terakhir Ramadan, pasti anda mencari minuman enak untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.

Jenama minuman kegemaran rakyat Malaysia sekali lagi berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan dua minuman terbaru.



Confirm berikan kepuasan, Tealive bergabung dengan Horlicks, untuk memeriahkan bulan Ramadan dan Syawal anda.

Istimewa buat penggemar Horlicks, anda boleh serbu ke gerai Tealive berdekatan untuk mencuba dua minuman ini:

1. Bang Bang Horlicks Milk Tea with Brown Sugar Warm Pearls

Gabungan Horlicks dicampur teh susu dinikmati bersama butiran pearl hangat, aduhhh siapa sahaja yang tak teringin? Pasti tekak terasa sangat puas.



2. Horlicks Fresh Milk with Grass Jelly

Penggemar susu segar boleh try minuman ini. Susu segar dibancuh bersama Horlicks dan diletakkan grass jelly lembut, gerenti boleh ulang order banyak kali!

Di samping buat minuman yang confirm buat kita puas, Tealive juga ada menyediakan voucher bernilai RM200 untuk 50 peminat bertuah!

Caranya senang sahaja, muat turun aplikasi Tik Tok di Apple Store atau Google Play. Rekodkan video ekspresi #POWERPUASPUAS terbaik anda.



Peraduan berlangsung sepanjang 22 Mei hingga 9 Jun ini, jangan lupa sertakan hashtag tersebut dalam setiap video yang anda muat naik.

Video #POWERPUASPUAS paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

Tunggu apa lagi? Kena serbu sekarang untuk kenikmatan berganda! Penuh khasiat, penuh puas.