Laman Utama

Tegar Septian Tak Kisah Kembali Mengamen Di Jalanan, Akui Perolehi Sekitar RM100 Sehari

gempak
Izwan Isa
10/04/2022
01:50 MYT
Sponsor Banner
Tegar Septian Tak Kisah Kembali Mengamen Di Jalanan, Akui Perolehi Sekitar RM100 Sehari
Pemenang tempat kelima Big Stage 2022, Tegar Septian mengakui tidak malu untuk kembali mengamen (menyanyi di jalanan) asalkan rezeki yang diperolehinya itu halal.
Hal ini kerana, Tegar berkata, rutin menyanyi di jalanan itu merupakan sumber pencarian utamanya sedari dia masih kecil.
“Sejak dunia dilanda COVID-19, kami di Indonesia susah nak cari kerja. Saya perlu buat sesuatu untuk mencari makan. Jadi, rasa malu mengamen memang tidak ada kerana ia merupakan pekerjaan yang halal.
“Lantas, saya mengamen sahaja daripada saya dan keluarga tidak mempunyai wang duit buat belanja beli makanan,” katanya kepada Gempak.
Tambah Tegar, dia juga tidak pernah peduli tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya yang menyanyi di jalanan.
“Bergantung pada orang… Bagi saya, kerja menyanyi di jalanan ni saya anggap satu kerja yang serius kerana ia membantu saya untuk mencari nafkah,” kongsinya.
Duit yang diterima oleh Tegar tidaklah banyak, namun lelaki 21 tahun itu berkata, apa yang diperolehi cukup untuk menampung keluarga.
"Kalau saya mengamen dari pukul 7 pagi hingga 6 petang, dapat sekitar RM100. Tetapi bergantung ikut keadaan juga,” katanya.
Ditanya apakah yang ingin dilakukan dengan wang tunai sebanyak RM10,000 yang diterima sempenang meraih tempat kelima di Big Stage 2022 Tegar berkata: "Saya ingin gunakan wang untuk membina rumah baharu dan membuka perniagaan makanan.
"Bakinya, saya ingin simpan untuk membeli kamera dan gitar untuk saya berkarya," katanya yang merancang menghasilkan single baharu selepas ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live