Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tekak Sakit, Gatal-Gatal Selepas Berkumur, Aleeya Zailan Terkejut Kualiti Air Keruh Hotel Mewah Di Melaka

Amri Hassan
10/08/2024 08:55 MYT
Pengasas Avenys, Aleeya Zailan kesal dan terkejut apabila percutiannya bersama keluarga di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka bertukar 'mimpi ngeri'.

Hal itu gara-gara kualiti air keruh yang keluar daripada paip seakan-akan berwarna kuning coklat.

"Air terpaling kotor di hotel mewah dan terkenal di dunia!" ungkapnya menerusi kapsyen berserta dua hantaran video.

Lebih mengecewakan usahawan kelahiran bumi Hang Tuah itu, situasi tersebut hanya disedari sejurus dia dan anak-anaknya selesai mandi serta memberus gigi.

"Lepas gosok gigi, tekak saya mula terasa sakit dan gatal-gatal seperti ada sesuatu yang tidak kena sewaktu berkumur.

"Terdetik untuk periksa air, saya buka paip dan tadahnya di dalam sinki. Memang terkejutnya dibuatnya bila saya lihat betapa kotornya air paip milik sebuah hotel jenama terkemuka di dunia," ulasnya.

Tambahnya lagi, bukan dia sahaja yang berdepan masalah itu, malah ahli keluarga serta kakitangannya yang menginap di bilik sama aras dengannya turut mengalami isu sama.

BERITA TRENDING: Aleeya Zailan Puji Penganjuran Wonda Coffee Keluang Man Of The Month - “Ramai Yang Suka Buat Kebaikan”

BERITA TRENDING: Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Kemuliaan Hati Aleeya Zailan Masak Untuk Orang Ramai

BERITA TRENDING: Tukar ‘Gift’ Jadi Duit, Aleeya Zailan Panjangkan Pahala Dengan Menderma - "Alhamdulillah Saya Diberi Rezeki Murah"

BERITA TRENDING: “Saya Pernah Hidup Menumpang dan Miskin” - Siapa Aleeya Zailan Yang Kini Usahawan Kecantikan Berjaya?

#Sakit #Melaka #Usahawan #Hotel #Air #Kotor #Aleeya Zailan #Avenys #Keruh
;