,
Keluang Man

Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Kemuliaan Hati Aleeya Zailan Masak Untuk Orang Ramai

Asyikin Mayudin
30/05/2024
11:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan Aleeya Zailan adalah salah seorang daripada empat calon bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month.

Masak Untuk Ramai

Aleeya dikenali di laman sosial menerusi aktiviti amal iaitu memasak hidangan untuk pekerja-pekerjanya selain juga didermakan ke masjid.
Aleeya Zailan, berusia 38 tahun, seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak. Merupakan pengasas Avenys dan Vitalicia.Co.
Memulakan perniagaan dengan menjual ‘sambal hitam pedas giler masuk hospital’, Aleeya terus mengorak langkahnya dengan bisnes produk kecantikan.
Aleeya juga gemar berkongsi mengenai anak-anaknya di laman sosial terutama puteri bongsunya iaitu Alicia yang petah bercakap.
Mempunyai lebih 591,000 pengikut di Instagram dan TikTok sebanyak 1.2 juta pengikut.

Fakta Mengenai Aleeya Zailan

Aleeya dibesarkan di Melaka, kemudian menetap selama 10 tahun di New Zealand dan dia juga menamatkan pengajiannya di University of Auckland, New Zealand pada tahun 2008.

BERITA TRENDING: Suami Eyra Hazali Sedih, Impian Nak Anak Kembar Tak Kesampaian - “Dia Mengharapkan Juga Dari Anak Pertama Tapi…”

Pernah bekerja di 7-Eleven untuk mencari duit membuat passport dan beli tiket ke New Zealand.
Usahawan kelahiran Umbai, Melaka ini dilahirkan bukan dalam keluarga senang, Aleeya menyaksikan perpisahan ibu bapa tersayang di usia 12 tahun.
Aleeya berkenalan dengan suaminya, pengusaha, Azri Aziz atau mesra disapa sebagai ‘Big Boss’ menerusi internet dan pada ketika itu dia berada di New Zealand manakala suaminya di London.
Hasil perkongsian hidup bersama ‘Big Boss’, Aleeya dikurniakan tiga orang anak.
Nama anak Aleeya Zailan iaitu, Eva Natasha, Aaron Aziz dan Alicia Aleena.
Wonda Coffee Keluang Man Of The Month yang turut berada di samping 11 kategori sedia ada Gempak Most Wanted merupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di sosial media atas usaha murni yang telah mereka lakukan.
Inisiatif ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak yang positif di dalam komuniti kita.
Kenapa Keluang Man? Seperti Keluang Man, dia juga merupakan insan biasa yang mempunyai keberanian luar biasa yang tinggi walaupun dia tidak mempunyai kuasa, tiada gadget berteknologi tinggi, tapi dia sangat berani dan itulah kekuatan sebenar seorang keluang Man.
Seorang pemenang setiap bulan akan diumumkan dan ditemubual di segment Gempak Most Wanted. Jom calonkan hero Wonda Coffee Keluang Man Of The Month di sini!
Undian telah ditutup pada semalam, ini merupakan kedudukan terkini Wonda Coffee Keluang Man of the Month.
1. Saharuddin Amirullah
2. Lee Weng Foong
3. Aleeya Zailan
4. Aliff Ahmad
Juara Wonda Coffee Keluang Man of the Month akan diumumkan pada 5 Jun 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Aleeya Zailan Dedah Alami Sakit Tekak Selepas Insiden Termandi Air Kotor Di Sebuah Hotel - "Risau, Berita Mayat Dalam Tangki Pun Kita Pernah Dengar"

gempak
16/08/2024
12:55 MYT
Usahawan kosmetik Aleeya Zailan berkongsi pengalaman dia dan keluarga termandi air kotor di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka, baru-baru ini.
Viral

Tekak Sakit, Gatal-Gatal Selepas Berkumur, Aleeya Zailan Terkejut Kualiti Air Keruh Hotel Mewah Di Melaka

gempak
10/08/2024
08:55 MYT
Pengasas Avenys, Aleeya Zailan kesal dan terkejut apabila percutiannya bersama keluarga di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka bertukar 'mimpi ngeri'.
Hiburan

Aleeya Zailan Puji Penganjuran Wonda Coffee Keluang Man Of The Month - “Ramai Yang Suka Buat Kebaikan”

gempak
14/06/2024
07:32 MYT
Usahawan dan pempengaruh, Aleeya Zailan akui terkejut apabila dinobatkan sebagai juara anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month pada 5 Jun lalu.
Laman Utama

Aleeya Zailan Sebak Rai Kejayaan Tanpa Arwah Ibu - "Allah Gantikan Pelanggan Sama Macam ..."

gempak
06/02/2023
09:47 MYT
Allahu sedihnya...
Laman Utama

Tukar ‘Gift’ Jadi Duit, Aleeya Zailan Panjangkan Pahala Dengan Menderma - "Alhamdulillah Saya Diberi Rezeki Murah"

gempak
03/11/2022
05:52 MYT
Murahnya rezeki...