gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Roziana Cindy Lancar Lagu 'Tinggalkan Luka'
GAYA HIDUP
Nadeera Zaini Dilantik Sebagai Duta Borneo Flora Festival @ Labuan 2025
HIBURAN
Andmesh,Ziva Magnolya, Hael Husaini & Adira Suhaimi Gegarkan Festival Tentang Cinta Ogos Ini
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Tekan Minyak, Rempuh Gerai & Kereta? Rupanya Pemandu Ini Pitam Semasa Memandu Gara-Gara Tidak Mengambil…

gempak
Hanafis Haris
27/10/2021
17:05 MYT
Sponsor Banner
Tekan Minyak, Rempuh Gerai & Kereta? Rupanya Pemandu Ini Pitam Semasa Memandu Gara-Gara Tidak Mengambil…

Kejadian nahas membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tular sejak semalam dipercayai berpunca daripada tindakan panik.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 6 petang semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kerana pemandu dikatakan pitam atau pengsan semasa memandu akibat tidak makan.

“Setelah tersedar daripada pitam, pemandu tersebut telah panik dan berlaku kemalangan,” katanya.

Jelasnya, kemalangan tersebut turut membabitkan sebuah kenderaan Perodua Alza.

Walau bagaimanapun menurutnya, kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kerosakan kenderaan sahaja.

“Hasil ujian mendapati pemandu tidak di bawah pengaruh alkohol. Urine test telah dijalankan terhadap pemandu juga didapati negatif,” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu tular di media sosial apabila kenderaan Hilux tersebut merempuh sebuah gerai sebelum meluru ke arah bertentangan.

Video berkenan kemudian mencetuskan tanda tanya apakah yang berlaku terhadap pemandu Hilux tersebut.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

View this post on Instagram
A post shared by rizal hakimm (@rizal_hakimm)
Topic Berkaitan
#Viral
#Hilux
#Rempuh
Must-Watch Video