HIBURAN
Tekanan Darah Tak Stabil, Ifa Raziah Pengsan Pukul 1 Pagi - “Terlalu Penat Mencari Rezeki…”
Tular video memperlihatkan penyanyi Datuk Ifa Raziah tiba-tiba jatuh pengsan di acara Starvendors Mega Raya Fest 2025 yang berlangsung di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi pada pukul 1 pagi, Ahad.
Tekanan darah
Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Ifa atau nama penuhnya Saripah Raziah Mustapha, sedang bersiap untuk ditemu bual oleh pengamal media sebaik sahaja majlis pembukaan festival tersebut.
Suasana menjadi kecoh sebelum pasukan perubatan datang memberi bantuan dan membawa penyanyi dan usahawan berusia 49 tahun itu menaiki ambulans untuk dibawa ke hospital.
Menurut pasukan perubatan, punca penyanyi itu jatuh pengsan kerana tekanan darahnya yang tidak stabil.
Sebelum kejadian berlaku, di sebelah petangnya, Ifa sudah menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.
ARTIKEL BERKAITAN: Ifa Raziah Tak Kisah Ada Pihak Pandang Rendah Kebolehan Uruskan Starvendors - “Saya Dah Berapa Tahun Buat, Gagah Sahaja…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Pengakhiran Hidup Kami Ke Jalan Diredai” - Sengketa 7 Tahun Berakhir, Ifa Raziah & Roslan Shah Niat Buat Majlis Kesyukuran
Dalam satu klip yang dikongsikan, pelantun lagu Ser Ser Ser itu berkata, meskipun keadaan kesihatan dalam keadaan kurang baik, dia tetap perlu turun padang selaku penganjur festival tersebut.
Rata-rata netizen mendoakan kesihatan Ifa dan menganggap penyanyi itu berkemungkinan tidak cukup rehat disebabkan bekerja tanpa henti.
“Tempat ramai-ramai… kalau tak sempt makan pun boleh sesak nafas dan pitam tambah umur macam ni... orang muda pun jenis darah rendah akan pitam.
“Terlalu penat mencari rezeki… semoga cepat sembuh.
“Mungkin terlalu penat tu... semoga diberikan kesembuhan buatnya. Aamin,” komen netizen.
Must-Watch Video