Skip to main content

Berita Tempatan

Telah Cuba Sedaya Upaya Berikan Yang Terbaik, KJ Mohon Maaf Pada Semua Rakyat Malaysia

kj_1.jpg
Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin (KJ), memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia sekiranya mempunyai kekurangan dan kesilapan sepanjang menggalas mandat yang diberikan selama lima tahun lalu sebagai menteri.

Menerusi entri di Instagram (IG), KJ mengakui telah melakukan terbaik dalam menggalas tanggung jawab yang telah diberikan sepanjang tempoh berkhidmat.

"Sempena mesyuarat Jemaah Menteri terakhir saya pagi tadi, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia untuk sebarang kekurangan, kelemahan dan kesilapan selama saya menggalas mandat dan amanat anda sepanjang lima tahun yang lalu. 

"Saya telah cuba dengan sedaya upaya dan kudrat yang ada untuk memberikan yang terbaik, berpedomankan kecintaan tidak berbelah bahagi kepada Negara serta hasrat dan cita-cita menggunung untuk sama-sama melahirkan Malaysia yang lebih baik, demi setiap daripada anak bangsanya.

"I am old fashioned. Selepas selesai mesyuarat pagi tadi, saya menunggu sehingga YAB Perdana Menteri meninggalkan bilik mesyuarat untuk bersalam dengan beliau dan menzahirkan rasa terima kasih atas kepercayaan yang telah beliau berikan - “thank you Sir, for giving me the honour of serving the country for the last five years.” Sesungguhnya, ia merupakan penghormatan terbesar yang pernah saya terima untuk seumur hidup saya," tulisnya.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan tarikh pembubaran parlimen iaitu pada 7 April 2018 (hari ini).

Untuk perkembangan lain, jangan lupa untuk menyaksikan Astro Awani (Saluran 501) untuk mengetahui berita terkini mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
 

The word Minister originally means “servant” in Latin and derives from the word “minus” meaning “less”. And that is how I have always viewed my appointment over the last five years, as a servant to the people. A minister should never be put on a pedestal of protocol, privilege and patronage. A minister must remember that the rakyat owes him or her nothing. And that he or she owes the rakyat every ounce of dedication and integrity for the trust they have given us to serve the country. On the occasion of our last Cabinet meeting, I would like to apologise to the rakyat for any shortcoming, mistake or weakness on my part as your servant over the last five years. I have tried my best to serve you to the best of my ability guided by my abiding love for this country and a burning desire for a better Malaysia for each of her sons and daughters. I am old-fashioned. After the end of our last meeting, I waited for PM to leave the Cabinet room to salam him while saying, “thank you, Sir, for giving me the honour of serving the country for the last five years.” Truly, this has been the greatest honour of my life.

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

 

Advertisement

Must-Watch Video