Gaya Hidup
Telan Kos Lebih RM100 Juta, Masjid Sri Sendayan Ini Disamakan Dengan Taj Mahal!
Seindah Taj Mahal!
Itulah antara sebahagian pendapat yang dilontarkan warganet dalam menggambarkan kecantikan Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan yang mula viral, baru-baru ini.
Kecantikan seni binanya yang dikatakan mempunyai ciri Masjid Nabawi dan Taj Mahal telah menjadi tarikan ramai termasuklah penduduk luar.
Menerusi platform Twitter sahaja, ramai yang memuat naik gambar masjid tersebut dari pelbagai sudut dan perspektif menarik.
Tidak kurang juga ada yang mengambil gambar dari atas menggunakan drone untuk memaparkan keseluruhan rekaan luar masjid tersebut.
Anda boleh lihat antara gambar cantik yang dimuat naik di Twitter:
Sementara itu menerusi Harian Metro, Masjid Sri Sendayan dikatakan telah memulakan operasi secara rasmi pada solat Jumaat, 20 September lalu.
Masjid itu mula dibina pada 2015 yang diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) selaku pemegang amanah.
Difahamkan masjid yang mampu memuatkan 5,000 jemaah pada satu masa ini membabitkan kos lebih RM100 juta.
Apapun, pastinya masjid tersebut akan menjadi tumpuan ramai termasuk pelancong dari luar negara.
Seremban is so lucky to have 2 mosque that kind of similar with the mosque in makkah & madinah ? My ustzh said masjid hussain(1&2 pict) lebih kurg mcm masjid quba' while masjid sri sendayan (3&4) mcm masjid nabawi? Taj mahal pun mcm ya jugak hehe. SubhanaAllah, Alhamdulillah ? pic.twitter.com/ESjav353lH— - (@knisz_) September 22, 2019
a few shots of masjid sri sendayan; i can safely say, YOU DID IT PAA!!! ?? pic.twitter.com/YxHKG3TGOc
— nureen (@nureenzailan) September 21, 2019
MasyaAllah cantiknya Masjid Sri Sendayan!
Pembukaan dan Solat Jumaat pertama pada 20.9.2019 pic.twitter.com/LXln9qtKp6— A.E (@arifeddy12) September 18, 2019
?Masjid Sri Sendayan Masjid yang indah ini telah diwakafkan oleh pengasas RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain, dibuka untuk kegunaan umat Islam yang boleh menampung 5,000 jemaah pada 20 September 2019.
Via : Farhan Che Hassan pic.twitter.com/T5dvf9x2qS— Cuti cuti kaki travel ?? (@IsskndarAriffin) September 23, 2019 Credit: Farhan Che Hassan
Must-Watch Video