Gaya Hidup
Tempah Pakej Percutian Secara Digital? Kini semuanya Tersedia Di Hujung Jari
Jika anda pernah menghadiri pameran percutian yang diadakan secara besar-besaran, pasti anda tahu cabarannya untuk bersesak-sesak demi percutian idaman.
Kini percutian tambah mudah apabila segalanya tersedia untuk anda secara digital di eTravelFair tanpa perlu berebut tempat parkir kereta.
Dibawakan oleh Astro, pameran percutian digital ini menawarkan hampir 200 pakej percutian menarik meliputi 11 rantau dan lebih 30 negara.
eTravelFair diadakan bertujuan untuk memudahkan urusan tempahan pengguna mencari tawaran terbaik tanpa perlu menunggu tempoh tertentu untuk membeli.
Pengguna hanya perlu membuat perbandingan pakej-pakej percutian tersedia sebelum memilih pakej yang mereka suka.
Pakej yang dipilih akan dihubungkan terus kepada agensi pelancongan tersebut.
Jangan gusar isu ditipu agensi pelancongan, eTravelFair hanya memberikan pakej terbaik daripada agensi-agensi pelancongan yang disahkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Nantikan satu platform pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej menarik ke serata dunia, hanya di Gempak, pada 2 September 2019.
Must-Watch Video