Sehingga ke hari ini, pelakon Hafidz Roshdi terus mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang kenyataan susulan dirinya didakwa telah berlaku curang terhadap isterinya, Nurul Shuhada.

Bagaimanapun, pada malam Khamis, aktor tersebut dilihat sempat melakukan sesi siaran langsung (live) di laman TikTok miliknya bersama pengikutnya.

Ketika sesi live dilakukan, Hafidz langsung tidak mengulas mengenai isu hangat yang sedang diperkatakan biarpun di ruangan chat siaran langsung itu dibanjiri soalan yang bertanyakan adakah dia benar-benar berlaku curang.

Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang menganggap gosip yang sedang tular itu sekadar khabar angin apabila Hafidz dilihat begitu tenang ketika live berkenaan.

Malah, aktor itu sempat mengajak anak perempuannya, Humairah untuk bersama-sama masuk ketika sesi live sekaligus membuat netizen merasakan yang sebenarnya rumah tangga Hafidz dan Shuhada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sementara itu, sesi live tersebut telah dirakam dan dimuat naik semula oleh seorang pengguna laman sosial berkenaan dan mendapat pelbagai respon wargamaya.

“Elok je dia live bila hari ini satu Malaysia duk petik nama dia. Harap harap apa yang digembar gemburkan itu adalah satu kesilapan. Semoga Hafidz dan isteri baik-baik sahaja, Insyallah,” kata seorang netizen

“Kami satu Malaysia kena prank ke, macam bahagia je tengok Hafidz dengan keluarga ,” ujar seorang wargamaya.

“Dia dah ada isteri, tak akan curang kot,” komen seorang warganet.

@ce0rumahtangga #hafizrosdi harap apa yg viral tu salah. Hafiz bukan mcm sol?#fypシ #masukberanda ♬ original sound - Wawa daud shop

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tangkap layar Instagram Story milik Nurul Shuhada ditularkan.

Dalam kenyataannya, rumah tangga yang mereka bina seakan diganggu orang ketiga sehingga dia merasa cukup menderita.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.