,
Laman Utama

“Tengah Shooting Tiba-Tiba Perut Keras” - Emma Maembong Lalui Detik Cemas

Mya Amri
15/09/2020
15:00 MYT
Pelakon Emma Maembong yang kini hamil enam bulan melalui detik mendebarkan apabila perutnya tiba-tiba mengeras.
Menurut Emma, kejadian itu berlaku sewaktu dia sedang menjalani penggambaran. Emma yang merasai perubahan pada bahagian perutnya itu terus mengambil langkah berjaga-jaga dan berehat seketika.
Posting itu juga disertakan video pendek merakamkan dirinya sedang duduk sambil mengusap perutnya.
“Masa ni tengah shooting dan tiba-tiba perut saya rasa keras. Jadi duduk rehat-rehat dulu, sakit sangat-sangat tapi cuba tenang dan selawat.
“Urut-urut perut sikit, lepas beberapa minit... Alhamdulillah okay dah. Jadi mulakan kerja balik,” kongsinya menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan Emma dan bayi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.
“Jaga kesihatan jangan stress. Bagus Emma berselawat selalu,” tulis @maksuu63
“Sama macam saya, kadang-kadang tu sebab terlebih kerja lepas tu baby mengeras, baring, relax usap-usap dia, minum atau makan sikit okay dah. Jaga diri mummy dan baby,” komen @niniee8
Terdahulu, Emma, 27 dan Shazli, 32, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Jangan Risau..." - Mata Bengkak Kemerahan, Anak Sulung Emma Maembong Alami Alergi Kucing

gempak
24/09/2024
18:50 MYT
Pelakon jelita, Emma Maembong berkongsi mengenai keadaan anaknya yang mengalami alahan terhadap kucing.
Hiburan

Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kena Rasuk, Dakwa Disantau Peminat Melalui Gambar - “Saya Terus Meracau, Mengilai, Muka Basah & Menjerit”

gempak
07/09/2024
01:25 MYT
Pelakon Emma Maembong mendakwa dia pernah disantau oleh salah seorang ahli kelab peminatnya melalui gambar yang dimuat naik di sosial media.
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku Banyak Kejutan, Jom Layan Dua Episod Akhir Malam Ini!

gempak
23/05/2024
07:53 MYT
Drama popular Takdir Itu Milik Aku dari Karya Terbaik Siti Rosmizah yang menerima sambutan penonton bakal melabuhkan tirainya pada malam ini.
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku: Emma Maembong Perlu Ingat Butir Dialog & Emosi Sama Macam Novel!

gempak
23/05/2024
05:55 MYT
Memegang watak sebagai Dian, wanita kampung yang lurus bendul, pelakon Emma Maembong mengakui dia berdepan dengan cabaran dari segi lontaran dialog.
Hiburan

Watak Zharif Buat Shahiezy Sam Gementar - “Ini Skrip Pertama Yang Buat Saya Rasa Darah Tinggi”

gempak
23/05/2024
04:55 MYT
Pelakon Shahiezy Sam mengakui dia pada mulanya berasa gementar untuk membawa sebagai Zharif dalam drama siri 40 episod bertajuk Takdir Itu Milik Aku.
BorakSeeni