,
Hiburan

Tengah Tunai Umrah, Pempengaruh Dedah Suami Kantoi Bawa ‘Skandal' Masuk Bilik - “Bahkan Buat Video Intim…”

Asyraf Roslan
04/11/2024
03:55 MYT
Pempengaruh media sosial Indonesia, Arie Rieyanthie mendedahkan suaminya iaitu Bimo Aryo Tejo telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita.
Malah, Menurut Arie, suaminya telah berlaku curang terhadapnya sejak bulan Ogos tahun ini.
Namun apa yang lebih menyayat hati, Bimo juga dikatakan membawa masuk wanita itu ke dalam rumah dan mengadakan hubungan intim ketika Arie sedang menunaikan ibadah umrah.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hai semua, saya menulis ini bukan untuk membuka aib keluarga, melainkan untuk memberi pengajaran dan pengawasan kepada suamiku Bimo Aryo Tejo (@bimoaryooo) dan wanita yang bernama Maela Asila.
“Kami sudah menikah selama 16 tahun dan dikurniakan tiga anak lelaki. Selama ini, hubungan kami terlihat harmoni. Bahkan untuk hubungan ranjang, kami masih melakukannya. Namun, saat saya berangkat umrah pada 18 Oktober 2024, suami saya membawa wanita lain untuk menginap di rumah, bahkan di bilik tidur kami.
“Selama saya tunai umrah, wanita itu datang dari Suralaya, Cilegon dan menginap hingga tiga kali di rumah kami. Bahkan membuat video intim di kamar kami. Rupanya, mereka telah menjalin hubungan sejak bulan Ogos. Meski wanita tersebut tahu bahwa suami saya sudah menikah dan memiliki anak, ia tetap menjalin hubungan dan bahkan berdoa agar Allah SWT mempersatukan mereka,” katanya di Instagram.

BERITA TRENDING: Berpakaian Seperti Wanita, Diva AA Tak Kisah Dikecam - “Saya Langsung Tak Berkudis”

BERITA TRENDING: Masih Pujuk Diana Danielle, Farid Kamil Kongsi Surat ‘Cinta’ 12 Tahun Lalu - “Selalu Bahagia Hingga Kita Bersatu Kembali…”

BERITA TRENDING: Risteena Kongsi Video Bersama, Netizen Cuit Kenangan Lakonan Fattah Amin 12 Tahun Dulu - "Poyo Gila Mamat Ni"

Arie membuat pendedahan itu menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad.
Pada masa sama, Arie turut memaklumkan anak lelakinya yang berusia 14 tahun adalah orang pertama yang mengetahui mengenai perselingkuhan ayahnya itu.
Jelas Arie, anak lelakinya itu terjumpa mesej ayahnya itu bersama perempuan simpanannya itu dan menunggu Arie pulang daripada mengerjakan umrah.
“Anak saya jumpa chat antara bapanya dengan perempuan itu. Dia simpan sehingga saya pulang. Saya ikhlas jika mereka ingin bersama, dan semoga ini menjadi pelajaran bagi semua pihak. Mohon maaf jika hal ini mengecewakan, karena mungkin dari luar rumah tangga kami tampak harmoni. Namun, inilah kenyataan yang harus saya sampaikan.
“Ketika kepercayaan dikhianati di saat suci, sebuah perjalanan yang seharusnya mendekatkan justeru membawa perpisahan. Isteri yang pergi umrah, pulang dengan luka yang dalam.
“Kembali ke rumah dengan harapan dan keyakinan, saya justeru menemukan kebenaran yang menghancurkan. Dalam setiap detik kesakitan, saya menyedari bahawa mencintai tidak selalu berarti bertahan.
"Kini, perjalanan hidupku berlanjut tanpa sosok yang seharusnya menjadi imam. Memilih untuk merelakan, meski dengan air mata, demi menemukan kebahagiaan yang layak untukku dan anak-anakku,” ujar Arie.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Hugh Jackman Curang Sampai Cerai, Isteri Penulis Skrip Jadi Penyondol

gempak
13/11/2024
13:59 MYT
Aktor berprolifik Hugh Jackman kini menjadi bualan hangat di Hollywood kerana didakwa curang sebelum bercerai dengan isterinya, Deborra-lee Furness.
Hiburan

Baim Wong Tuduh Curang, Paula Verhoeven: “Sebagai Isteri Saya Banyak Kekurangan…”

gempak
27/10/2024
02:55 MYT
Kisah rumah tangga Baim Wong dan, Paula Verhoeven yang kini menuju perceraian menjadi ‘buruk’ selepas hos dan pelakonitu mendakwa isterinya curang bersama teman baik.
Hiburan

“Ambil Je La Duda Aku, Aku Sedekah Dekat Sesiapa Yang Memerlukan” - Cik Epal

gempak
22/10/2024
07:36 MYT
Tidak berdiam diri, pempengaruh Cik Epal tampil memberi respons terhadap kenyataan wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan bekas suaminya, Jofliam iaitu Dewi.
Viral

“Kalaulah Aku Yang Makan…” - Individu Kongsi Kronologi Warung Soto Ayam Guna Daging Isteri Yang Diberikan Secara Percuma Kepada Pelanggan

gempak
15/10/2024
04:55 MYT
Tular di aplikasi X apabila seorang individu mendedahkan bahawa sebuah warung yang menjual soto daging lembu sebenarnya adalah daging manusia.
Hiburan

“Selalunya Salahkan Lelaki, Zaman Sekarang Tak Pelik Kalau Isteri Pun Banyak Dah Curang” - Erma Fatima ‘Back Up’ Baim Wong

gempak
11/10/2024
12:55 MYT
Pengarah, Erma Fatima memberikan kata-kata semangat buat pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong yang kini berdepan dengan konflik rumah tangga.
Unitar