Kepada yang sudah menonton filem arahan Azizi Chunk Adnan ini mesti dah tahu level kelakar dan pecah 10 Tips Tipu Bini.

Memang kelakar bila tengok gelagat para suami cuba menipu isteri masing-masing hanya kerana nak belajar ada skandal!

Menerusi pemerhatian Gempak di pelbagai platform media sosial, rata-rata penonton berpuas hati dengan filem sulung terbitan Datuk Awie menerusi Produksi Rumah Merah ini.

Antara komen yang dikongsi penonton, 10 Tips Tipu Bini tetap menghiburkan dan buat mereka tidak kering gusi walaupun sudah ditonton berkali-kali.

Ada juga yang mengaku tersenyum seorang diri selepas menonton kerana pernah menggunakan 10 Tips Tipu Bini yang dikongsi Brother Love!

Adoi macam-macam kan? Tapi sebenarnya kehebatan Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Vicha memang tidak dapat disangkal lagi!

Aksi bersahaja mereka memang mudah buat para penonton ‘jatuh hati’ dan terhibur!

Menariknya lagi, banyak pengajaran yang boleh diambil dari filem ini bukan jenaka kosong tetapi penuh isinya.


Jadi tunggu apa lagi? Alang-lang duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, saksikan filem 10 Tips Tipu Bini di pawagam rumah anda, Astro First sekarang juga!

Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang!

Filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp) yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato Dean.

Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing.

Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri!.

Mereka bertiga sedang mengalami masalah ‘Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda para suami di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut.

Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis ‘intern’ yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka.

Di situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut untuk dijadikan kekasih masing-masing.

Akan tetapi mereka bermasalah dengan kerenah isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan ‘kiri dan kanan’ direka demi melaksanakan niat-niat mereka itu.