Tentera transgender pertama Korea Selatan, Byun Hui Soo dilaporkan meninggal dunia di rumahnya.

Memetik laporan Allkpop, Byun Hui Soo, 22, yang menukar jantina daripada lelaki ke perempuan melalui pembedahan itu ditemui mati selepas Pusat Kesihatan Mental Nasional Sangdang-du menghubungi polis untuk siasatan.

Pusat tersebut mengatakan mereka tidak dapat menghubungi mendiang sejak 28 Februari lalu.

"Polis telah datang ke rumahnya tiga bulan lalu dimana dia dipercayai meragut nyawanya sendiri ketika itu.

"Terdapat bau busuk datang dari rumah mendiang beberapa kali hingga baru-baru ini," kata jiran Byun Hui Soo.

Difahamkan, masih tiada sebarang nota bunuh diri ditemui dan pihak polis masih menyiasat kematian tersebut.

Terdahulu, mendiang mula berkidmat sebagai tentera pada Mac 2017 dan kemudiannya melakukan pembedahan tukar jantina di Thailand pada November 2019 ketika sedang bercuti.

Bagaimanapun, dia telah dikeluarkan tanpa rela kerana terdapat kekurangan dari segi mental dan fizikal untuk terus berkhidmat.

Byun Hui Soo memfailkan tuntutan di mahkamah mengenai perkara itu pada Ogos 2020. Sesi pendengaran pertama sepatutnya berlangsung 15 April ini.

Sumber & Kredit Foto : allkpop.com