Laman Utama
#TeoriDramaTikam: “Mana Mayat Sharol? Ke Pura-Pura Mati?” – Dah Episod Empat, Tikam Boleh Tahan Hebat!
Drama Tikam yang merupakan lakonan Fahrin Ahmad, Ben Amir dan Inta Najuwa ternyata tidak mengecewakan.
Sudah memasuki episod ketiga minggu, rata-rata penonton sudah disogokkan dengan plot yang hebat.
Dengan jalan cerita yang menarik, Tikam berjaya membuatkan penonton tidak sabar menunggu episod keempat yang akan ditayangkan malam ini.
Advertisement
Sebelum bersedia untuk menjadi detektif bagi episod terbaharu, penonton juga mengeluarkan teori mengenai kematian Sharol.
Masing-masing berasa hairan apabila mayat Sharol tiba-tiba hilang dan mengesyaki sama ada kematiannya hanya secara berpura-pura sahaja.
Selain NJ, antara pekerja dan sahabat yang menjadi suspek penonton adalah Ika.
Jadi siapakan sebenarnya yang membunuh Shahrol? Adakah teori penonton benar atau ada plot twist?
Saksikan Tikam, setiap Rabu jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksible, Tikam juga boleh distrim menerusi portal Gempak, Aplikasi Astro Go dan On Demand.
Tikam mengetengahkan genre jenayah thriller mengenai satu kes pembunuhan yang berlaku di dalam sebuah pejabat.
Dalam tempoh 24 jam, sekumpulan pekerja harus mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut.
Klimaks drama Tikam bergantung kepada keunikan jalan cerita yang padat dengan plot twist untuk menimbulkan unsur spekulasi dan suspen di kalangan penonton.
Selain itu, drama ini juga turut mempertaruhkan barisan pelakon popular seperti Fahrin Ahmad (Shahrol), Ben Amir (NJ), Intan Najuwa (Akma), Michael Ang (Mike), Jasmin Hamid (Madam Joan), Yuna Rahim (Ika), Ellyas Abdullah (Sap) dan Josiah Lim (Ed).
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video