Episod dua drama Tikam yang ditayangkan minggu lalu benar-benar menimbulkan tanda tanya penonton.

Nampaknya penonton juga sudah mula mengeluarkan ‘bakat’ menjadi detektif disebabkan rasa ingin tahu dan curiga pada setiap karakter dalam Tikam.

Antara nama yang paling disyaki netizen adalah NJ lakonan Ben Amir. Ini kerana kelakuan NJ agak pelik dan cepat gelisah selepas melihat Encik Shahrol terbaring kaku dengan kesan tikaman.

Eh pendek kata penonton dah siap ada teori sendiri sebelum episod tiga yang akan bersiaran esok.

Jadi siapakan sebenarnya yang membunuh Shahrol? Adakah teori penonton benar atau ada plot twist?

Saksikan Tikam, setiap Rabu jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksible, Tikam juga boleh distrim menerusi portal Gempak, Aplikasi Astro Go dan On Demand.

Tikam mengetengahkan genre jenayah thriller mengenai satu kes pembunuhan yang berlaku di dalam sebuah pejabat.

Dalam tempoh 24 jam, sekumpulan pekerja harus mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut.

Klimaks drama Tikam bergantung kepada keunikan jalan cerita yang padat dengan plot twist untuk menimbulkan unsur spekulasi dan suspen di kalangan penonton.

Selain itu, drama ini juga turut mempertaruhkan barisan pelakon popular seperti Fahrin Ahmad (Shahrol), Ben Amir (NJ), Intan Najuwa (Akma), Michael Ang (Mike), Jasmin Hamid (Madam Joan), Yuna Rahim (Ika), Ellyas Abdullah (Sap) dan Josiah Lim (Ed).

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!